Hanya Kerana Berat Badan Naik 0.7 Kilogram, Pramugari Malaysia Airlines Ini Hilang Pekerjaan

Tiga tahun yang lalu, seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Ina Meliesa Hassim telah dipecat daripada tugasnya. Hal ini kerana, beliau didapati melebihi berat badan sebanyak 0.7 kilogram berbanding piawaian yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Merasakan perkara ini tidak adil, kes ini telah dibawa oleh Ina Meliesa ke mahkamah pada September 2017.

Namun begitu, pada 14 Februari 2020 yang lalu Ina Meliesa telah tewas dalam kes tersebut apabila Mahkamah Perusahaan membuat keputusan untuk berpihak kepada syarikat penerbangan MAS.

Dengan ketinggian 160 sentimeter dan berat 61 kilogram mengikut garis panduan dandanan dan pakaian seragam penerbangan, pada 10 April beratnya telah meningkat kepada 61.7 kilogram yang mengakibatkan Ina Meliesa dipecat.

Menurut Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Syed Noh Said Nazir menjelaskan bahawa keputusan yang dilakukan oleh MAS adalah adil.

Menurut beliau juga, syarikat penerbangan itu telah memberi peluang selama 18 bulan melalui program pengurusan berat badan untuk dia mendapatkan berat badan yang dikehendaki. Namun, pramugari tersebut gagal untuk menurunkan berat badannya.

Selain itu, mahkamah juga mendakwa keputusan MAS untuk melaksanakan dasar berat badan itu adalah wajar.

Berdasarkan notis pekeliling yang bertarikh 20 Oktober 2015, MAS menjelaskan di Edge Market ,“Sebagai kru kabin, selain mengekalkan penampilan seperti yang ditetapkan oleh syarikat, anda juga bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan penumpang kami semasa dalam penerbangan.”

Di samping itu, ini juga demi memastikan imej syarikat penerbangan tersebut kekal terjaga.

Keputusan yang dibuat oleh mahkamah itu walau bagaimanapun, tidak dipersetujui oleh Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Penerbangan Malaysia (NUFAM).

NUFAM juga meminta kerajaan Malaysia untuk mengubah undang-undang buruh yang dikatakan memberi tekanan kepada para pekerja.

Mereka turut menghantar surat bantahan kepada Kementerian Sumber Manusia dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Di samping itu, NUFAM turut menyifatkan sistem yang dilakukan oleh MAS sebagai diskriminasi dan tidak adil.

Untuk membaca artikel lain berkaitan pramugari, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca