Wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara telah menyebabkan ramai yang terkesan. Ini adalah termasuk para pensyarah dan penuntut universiti.
Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan bahawa semua pengajian akan dilakukan secara dalam talian (online) sehingga hujung tahun ini. Namun, hanya lima kategori pelajar sahaja yang dibenarkan kembali ke kampus antaranya adalah pelajar pasca-siswazah di dalam mod penyelidikan.
Rata-rata pelajar sudah mula reda dan menerima kenyataan dengan saranan daripada KPT ini. Walau bagaimanapun, mereka memohon untuk mengurangkan yuran pengajian. Ini adalah kerana sehingga hujung tahun ini, mereka tidak akan kembali ke kampus dan tidak akan menggunakan fasiliti di universiti sepenuhnya.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, perkara ini kini dalam proses perbincangan untuk mencari kaedah penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Beliau sendiri menyokong pendirian ini memandangkan kos pengajian kini tidak tinggi kerana kebanyakan pelajar hanya belajar secara dalam talian. Pelajar juga tidak lagi menggunakan sepenuhnya kemudahan di universiti.
“Isu yuran sedang kami kaji, akan ada berita gembira. Kami juga faham mereka ada tanggungjawab lain dan keluarga mereka terjejas akibat COVID-19,” jelasnya.
Tambahnya lagi, luahan dan permintaan pelajar berkaitan isu berkenaan dianggap wajar dan perlu dipertimbangkan, khususnya bagi pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang membabitkan yuran yang agak mahal.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga sedang mengkaji beberapa aspek lain yang melibatkan kemudahan internet bagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian serta kuota pelajar yang dibenarkan untuk kembali ke IPT.
Sementara itu, tinjauan kami di laman sosial Twitter mendapati bahawa rata-rata pelajar bersetuju agar yuran pengajian dikurangkan.
Mohon IPT review semula yuran pengajian serta yuran kolej. Students deserve to have every ounce of resource that our respective university offered. Why do we need to pay for resources that we don’t have access to due to the pandemic? Hence, the need to review https://t.co/3SUfSSsvII
— Dee (@canuckin_nuts) May 28, 2020
No f2f consultation, no dorm, no in-campus facilities. If uni fees stay the same, thats just stealing our money. Universities please be fair n turunkan yuran. https://t.co/M5Pj6iCcPX
— Muhammad Adib (@adibhesan) May 28, 2020
universiti awam please take note laaa huhu pic.twitter.com/SWJqTgajqF
— Ain Naziha (@iSMi_NazYha) May 27, 2020
Student bayar yuran untuk guna kemudahan kat university. Since pkp ni apa kata pihak university bagi balik duit yuran supaya student boleh beli kemudahan kat rumah. Dapat beli internet pon jadi lah. Ni mengharapkan free data dari telco masing-masing.
— rayyan (@puteraryans) May 30, 2020
Rasanya dah boleh dah kurangkan yuran belajar, 6 bulan online class woi bayar yuran kolej pa dia lagi
— azim (@azimhalim) May 27, 2020
Untuk rekod, 80 peratus pelajar sudah kembali ke rumah masing-masing dan ini bermakna mereka tidak sepenuhnya menggunakan kemudahan di universiti.
Untuk membaca artikel lain mengenai pelajar universiti, anda boleh klik pada pautan di bawah: