Minat tidak mengenal usia. Mungkin itu merupakan salah satu punca tindakan seorang lelaki memuat naik foto jenaka yang melabel peminat kumpulan K-Pop terkenal iaitu BTS sebagai gadis IQ rendah itu mengundang reaksi yang tidak menyenangkan daripada warganet!
Sumber: mStar
Sebagai respons, seorang pengguna Twitter iaitu @zrqzaini memuat naik sebuah perkongsian di laman Twitternya tentang pengurusnya yang merupakan seorang peminat BTS!
Zariq yang bekerja di sebuah firma audit di ibu negara berkata, “Pengurus saya berusia lebih daripada 60 tahun dan baru sahaja meminati Jimin pada tahun ini.”
mStar melaporkan, Muhammad Zariq Zaini akui banyak tanggapan negatif dilemparkan kepada peminat K-Pop di Malaysia. Terdapat pelbagai insiden yang pernah berlaku pada suatu ketika dahulu seperti kes peminat peluk artis di negara ini yang masih menjadi bualan orang ramai walaupun ia tiada kaitan dengan mereka yang tidak bersalah.
Lelaki berusia 22 tahun itu berkata, “Saya akui terdapat peminat toksik dalam kalangan kumpulan peminat yang suka bergaduh dan merendah-rendahkan kumpulan lain. Di samping itu, ada juga individu yang membuat akaun palsu dan menyamar sebagai peminat K-Pop untuk memberi imej buruk kepada peminat lain.”
Menurut Zariq, banyak lagu K-Pop memberi mesej baik kepada peminat dan turut membantu ramai remaja di luar sana untuk lebih yakin dengan diri sendiri serta bekerja keras untuk mencapai cita-cita.
Sehingga hari ini, perkongsian itu menerima 1,900 ulang kicau dan 2,600 sukaan. Dalam pada itu, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zariq.
Sumber: Twitter