Search
Close this search box.

Hanya Dijual Di Indonesia, Aiskrim Perisa Paracetamol Ini Terima Pelbagai Reaksi Daripada Warganet

Makan aiskrim memang sedap terutamanya apabila matahari tegak di atas kepala. Sekarang, terdapat pelbagai perisa aiskrim yang mula diperkenalkan kepada peminat-peminat pencuci mulut ini. Malah, ada antara perisa tersebut yang tidak masuk akal langsung sepertimana yang dijual di sebuah kedai dekat Indonesia ini.

Percaya atau tidak, kedai tersebut telah tampil dengan aiskrim perisa paracetamol. Ya, paracetamol yang menjadi ‘hero’ sewaktu kita demam atau sakit kepala.

Foto aiskrim perisa paracetamol itu telah menjadi tular di laman Twitter dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Berikut kami kongsikan reaksi beberapa orang pengguna Twitter terhadap aiskrim paracetamol:

Tidak dinafikan, aiskrim memang sangat sedap. Tapi apabila ia diperkenalkan dengan perisa paracetamol, itu adalah aiskrim yang disakiti. Apa-apa pun, ada tak pembaca di sini yang nak cuba?

Dalam pada itu, anda boleh klik pada pautan di bawah untuk ketahui tentang asal usul aiskrim dan juga aiskrim perisa rare yang lain:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca