Hanya Dengan 3 Bahan, Papan Pemotong Kotor Dan Kekuningan Akan Terus Jadi Macam Baharu

Bagi para pembaca yang sering memasak, cuba kalian tengok papan pemotong terutamanya yang jenis plastik. Selalunya, akan ada kesan kotoran kuning dan hitam pada papan pemotong yang menampakkan seolah-olah ia tidak pernah dicuci. Pada hakikatnya, papan pemotong tersebut sering dicuci dengan sabun setiap kali ia digunakan tetapi kotoran itu sangat degil.

Sumber: Thrift Pimp

Ramai yang tidak tahu sebenarnya anda hanya perlukan tiga bahan yang boleh didapati di dapur untuk membersihkan kotoran pada papan pemotong: Berikut kami kongsikan bahan-bahan dan cara-caranya:

Bahan-bahan:

  • Limau nipis
  • Baking soda
  • Cuka

Langkah-langkah:

1. Ambil buah limau nipis dan belah kepada dua bahagian

2. Seterusnya, tabur baking soda pada permukaan papan pemotong

3. Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau nipis tadi dan biarkan selama 10 minit

4. Selepas 10 minit, ambil potongan limau nipis yang lain dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong

5. Kemudian, tuang cuka dan gosok lagi sehingga semua kotoran hilang (anda boleh gunakan berus besi untuk menyental untuk dapat kesan lebih cepat)

6. Bilas sehingga bersih

Hasilnya, papan pemotong anda akan kelihatan lebih bersih dan persis papan pemotong baharu. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca