Hanya Bertahan 2 Bulan, Pertunangan Demi Lovato Dan Max Ehrich Temui Titik Noktah

Baru sahaja dua bulan mengikat tali pertunangan, hubungan penyanyi dan aktres popular Hollywood, Demi Lovato dengan tunangnya, Max Ehrich akhirnya menemui titik noktah. Perkara ini disahkan sendiri oleh penyanyi berusia 28 tahun itu kepada portal hiburan TMZ.

Menurut sumber yang juga merupakan teman baik Demi, ia adalah satu keputusan yang sangat sukar tetapi kedua-dua mereka kini memilih untuk memfokuskan diri kepada kehidupan masing-masing.

Sumber: Instagram Demi Lovato

“Ia adalah suatu keputusan yang amat berat buat kedua-dua mereka, namun Demi dan Max telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan memberikan fokus kepada karier masing-masing.

Mereka saling menyayangi antara satu sama lain dan gembira bersama terutama semasa tinggal serumah,” kata rakannya itu.

Untuk rekod, Demi dan bekas tunangnya itu dikhabarkan mula berkenalan pada bulan Mac lalu dan perhubungan mereka bergerak pantas terutamanya semasa pelaksanaan arahan kuarantin di Amerika Syarikat berikutan pandemik COVID-19.

Tidak lama selepas itu, Max kemudiannya melamar Demi dengan sebentuk cincin di tepi pantai dekat Malibu.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan kisah pasangan Joe Jonas dan Sophie Turner di mana Sophie memilih untuk memutuskan hubungan 24 jam sebelum mereka menamatkan zaman bujang masing-masing. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca