Semalam, Nur Sajat atau nama sebenarnya ialah Muhammad Sajjad telah memuat naik beberapa keping gambar dan video dirinya berbikini di laman Instagram.
Susulan daripada tindakannya itu, Nur Sajat dikecam teruk sehingga ada ada yang menggesa untuk memboikot dirinya.
View this post on InstagramA post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on
Walau bagaimanapun, Nur Sajat menegaskan bahawa dia mempunyai hak untuk berpakaian sebegitu dan selesa menjadi diri sendiri.
Memetik laporan Harian Metro, dia bukannya melakukan perkara yang tidak elok, tetapi hanya berkongsikan apa yang suka dipakai. Sedar ramai yang kurang senang dengan penampilannya itu, Nur Sajat menegaskan bahawa dia masih berpegang teguh dengan agamanya.
“Saya bukan menjual diri di laman sosial tetapi hanya berkongsi apa yang saya suka pakai dan menghargai kecantikan yang dimiliki.
“Instagram saya gunakan untuk berkongsi kehidupan saya yang bukan hanya khusus untuk perniagaan semata-mata, malah saya suka berkongsi mengenai kecantikan, imej, bantuan, informasi serta banyak lagi.
“Saya sedar ramai yang marah dengan penampilan saya, namun apa yang ingin saya tegaskan masing-masing mempunyai pilihan sendiri. Saya masih berpegang teguh kepada agama saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Nur Sajat berharap agar mereka diluar sana tidak menghakimi dan menghukum dirinya hanya kerana satu perkara yang dilakukan ketika ini sehingga lupa akan kebaikannya selama ini.
“Saya hanya menjadi diri sendiri dan janganlah hanya kerana imej seksi anda lupa kebaikan saya selama ini. Saya tak faham apabila berpakaian macam ini semua nak boikot seolah-olah saya melakukan kesalahan yang sangat besar.
“Namun, apabila saya menghulurkan bantuan kepada orang miskin tiada siapa menyokong atau menghebahkan, malah ada yang anggap saya riak pula,” katanya.
Sementara itu, Nur Sajat turut mempersoalkan kenapa dirinya sahaja yang sering menjadi mangsa kecaman warganet sedangkan ramai wanita diluar sana yang turut berpakaian seksi di media sosial.
“Saya agak terkilan kerana saya menjadi mangsa mereka sedangkan ramai lagi wanita yang lebih seksi di media sosial. Di Malaysia, video lucah juga boleh diakses dengan mudah dan di mana sahaja. Kenapa saya dihentam begini?” soalnya.
Namun, Nur Sajat tetap memohon maaf sekiranya dia ada mengguris hati mana-mana pihak kerana dia tiada niat untuk membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia.
“Jika saya ada mengguris hati mana-mana pihak saya ingin memohon maaf. Saya tiada niat nak bangkitkan kemarahan. Saya berkongsi gambar itu antara lain adalah berkongsi hasil yang saya peroleh daripada menggunakan produk yang saya jual,” jelasnya.
Untuk membaca artikel lain berkaitan Muhammad Sajjad, anda boleh klik pada pautan di bawah: