Hanya Beratur Untuk Orang Kaya, Lelaki Ini Mampu Raih RM899 Sehari

Seorang lelaki di United Kingdom bernama Freddie Beckitt memilih untuk bekerja sebagai ‘penunggu profesional’ di mana dia ditugaskan untuk beratur panjang selama berjam-jam untuk setiap pelanggannya yang terdiri daripada golongan kaya.

Memetik laporan Utusan Digital, Freddie yang kini berusia 31 tahun memperoleh £20 (RM112) sejam dan £160 (RM899) sehari serta telah membuat kerja sambilan ini sejak tiga tahun lalu.

Dalam pada itu, Freddie juga berharap dapat beratur lebih lama supaya boleh menjadikan tugas penunggu profesional tersebut sebagai kerjaya sepenuh masa.

“Saya sanggup beratur panjang asalkan ada yang sudi membayar bagi melakukan tugas tersebut. Saya mengiklankan perkhidmatan itu di dalam platform Taskrabbit yang menawarkan pelbagai tawaran pekerjaan pelik. Pelanggan hanya perlu memilih perkhidmatan yang diinginkan,” ujarnya.

Freddie turut berkata kebanyakan pelanggannya terdiri daripada golongan berada yang tidak mempunyai masa untuk beratur mendapatkan tiket bagi sebarang acara popular yang diadakan.

“Saya pernah beratur selama lapan jam untuk membeli tiket pertunjukan V&A Christian Dior. Masa sebenar hanyalah tiga jam tetapi pelanggan meminta saya mengambil tiket dan menunggu mereka tiba di acara tersebut.

Saya tidak kisah asalkan dibayar £20 (RM112) sejam,” tambahnya.

Sekiranya pekerjaan seperti ini ada di Malaysia, adakah anda akan melakukan perkara sama?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca