Perbezaan garisan lintang dan bujur bagi setiap negara menyebabkan sesebuah negara itu mengalami tempoh berpuasa yang berlainan antara satu sama lain.
Oleh sebab itu, terdapat negara yang mempunyai tempoh berpuasa panjang dan pendek di dunia.
Berikut ialah negara yang mempunyai tempoh berpuasa paling pendek.
1. Argentina

Sebuah bandar Argentina, Ushuaia merupakan bandar paling selatan di selatan di dunia dan merupakan ibu kota wilayah Tierra del Fuego yang merangkumi pulau-pulau Arktik Argentina dan Islas Malvinas.
Islam di sini ialah satu komuniti minority Muslim terbesar yang hanya sekitar satu peratus daripada 500,00 penduduk. Waktu berpuasa mereka hanya 10 jam 37 minit iaitu sahur sekitar 7.08 pagi dan berbuka pada pukul 5.43 petang.
2. Afrika Selatan

Cape Town merupakan bandar tertua di Afrika Selatan yang mempunyai majoriti penduduk menganut agama Kristian dan dianggarkan umat Islam hanya seramai 1.9 peratus daripada 56 juta populasi penduduk di seluruh Afrika Selatan.
Tempoh berpuasa bagi bandar ini hanya 11 jam 53 minit bermula 6.03 pagi sehingga 5.55 petang.
3. Chile

Santiago de Chile atau lebih dikenali sebagai Santiago ini mempunyai lebih 3,000 umat Islam di Chile pada 2010 dan kebanyakan penduduk asal negara itu mengadaptasi budaya Islam dan menukar nama mereka kepada nama orang Arab.
Umat Islam di negara ini bersahur sekitar 5.59 pagi dan berbuka puasa 5.53 petang yang hanya mengambil masa 11 jam 54 minit.
4. Brazil

Rio de Janeiro bandar yang tidak asing di Brazil kerana mempunyai tempat yang menarik dan tumpuan pelancong dunia.
Penduduk beragama Islam di bandar ini mempunyai temph berpuasa selama 12 jam 23 minit iaitu bersahur pada pukul 4.59 pagi dan berbuka puasa pada pukul 5.21 petang.
5. Tanzania

Dar es Salaam adalah bandaraya terbesar di Tanzania yang terletak di teluk yang tenang di pantai Lautan Hindi. Tempoh masa berpuasa umat Islam di bandar hampir sama di Malaysia.
Tempoh berpuasa mereka ialah 13 jam 4 minit bermula 5.11 pagi sehingga 6.15 petang.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: