Hantaran Que Haidar Bersama Sut Angkasawan Di Instagram Ini Curi Perhatian Warganet

Aktor Que Haidar mencuri perhatian warganet apabila tampil dengan sut angkasawan sebagai persediaan untuk membeli barangan keperluan harian.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar memuat naik beberapa keping foto di laman Instagram untuk tatapan umum.

“Saya mahu membeli barang dapur dari pangkalan angkasa satu dan akan mendarat di Dataran Palma. Saya dijangka akan mendarat di Giant Ampang Point pada 8.43 pagi esok. Doakan saya selamat mendarat semua sahabat,” ujarnya.

Suami kepada Linda Jasmine itu menerusi satu komen turut menjelaskan bahawa sut angkasawan ini adalah kostum untuk penari koreografer tersebut.

Linda menerusi satu komen yang berbeza turut mengesahkan perkara tersebut, “Baju ini dari bilik kostum saya. Saya ada beberapa helai seperti ini. Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bolehlah saya sewakan baju tersebut.”

Sementara itu, tinjauan kami turut mendapati rata-rata warganet kelihatan terhibur dengan hantaran tersebut:

Apa-apa pun, jaga diri anda dan patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan. Jangan pentingkan diri sendiri kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkenaan selebriti tanah air, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca