Hantar Mesej Seksual, Baby Shima Dedah Lelaki Miang Ini Di Instagramnya

Penyanyi Malaysia, Baby Shima, kongsi beberapa tangkap layar ruang mesej peribadinya yang dihantar daripada seorang lelaki yang mengandungi motif seksual.

Dalam perkongsian itu, Shima, turut kongsi nama akaun Instagram lelaki tersebut di kapsyen dan menyelit sebuah gambar swafoto yang menunjuk muka lelaki itu di hantaran Instagramnya semalam.

Berikutan daripada itu, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, berharap orang ramai dapat membantunya ‘menguruskan’ lelaki berkenaan.

Mengikuti mesej-mesej tersebut, lelaki miang ini meluahkan nafsunya dengan menulis fantasi yang dia fikirkan ke ruang mesej itu. Bukan itu sahaja, dia sampai mengajak penyanyi tersebut untuk berjumpa dengannya supaya mereka dapat ‘bermain’.

Namun, inidividu berkenaan dipercayai adalah seorang pelajar sekolah mengikut kapsyen Baby Shima yang menulis #smktamanpelangi (Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pelangi).

Semenjak siaran tersebut, akaun lelaki tersebut sudah dipadamkan.

Di ruangan komen hantaran tersebut, ramai warganet ketawakan lelaki ini. Ada warganet yang berasa malu dan memarahinya kerana menjatuhkan martabat seorang lelaki dan mencalarkan imej warga orang Johor. Ada juga segelintir yang mempertahankan lelaki tersebut dengan mengatakan kemungkinan akaun dia digodam ataupun terdapat seorang kenalan yang menggunakan fon dia untuk menghantar mesej-mesej itu.

Mengikut sebuah statistik yang direkodkan pada 2021, setiap 4 daripada 10 warga A.S pernah mengalami gangguan daripada platform-platform media sosial. Manakala, 35% daripada wanita di bawah 35 tahun dilaporkan mengalami gangguan seksual.

Walaupun kajian tersebut dilaksanakan di A.S, data tersebut boleh digunakan untuk mencermin betapa berleluasa masalah gangguan di platform-platform media sosial dan bagaimana solusi yang sedia ada tidak cukup untuk menghalang orang daripada berperangai sebegitu.

Apakah pendapat anda mengenai keputusan Baby Shima untuk kongsi tangkap layar dia serta gambar dan nama akaun lelaki yang menghantar mesej sebegitu? Adakah anda rasa ada tindakan yang lebih baik untuk menyelesaikan isu tersebut?

Akhirnya, adakah alat-alat yang sedia ada di media sosial cukup untuk menghentikan gangguan dalam talian?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca