Hangat Dengan Skandal, Shuk Sahar Digantung Dari Menjadi Penyampai Hot FM

Baru-baru ini, pelawak Shuk Sahar menjadi topik perbualan dalam kalangan warganet berkenaan dengan pergolakan rumah tangganya. Isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan kecurangan beliau bersama wanita lain menerusi media sosial pada Sabtu lalu.

Shuk dikatakan tidak pulang ke rumah selama beberapa hari. Malah, beliau sedang berada di rumah wanita yang didakwa sebagai kekasihnya itu sehingga menyebabkan isterinya bertindak mendedahkan perkara tersebut kepada warganet.

Disebabkan skandal tersebut, beliau digantung kerja sebagai penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot serta merta.

Menurut kenyataan media hari ini, pihak pengurusan stesen radio tersebut mengesahkan tindakan itu diambil terhadap Shuk.

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.

Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” kata pihak stesen radio tersebut.

Terdahulu, warganet turut berpendapat supaya pelawak tersebut dibuang kerja dari industri hiburan.

Sumber: Twitter @SitiZulaikhaMR
Sumber: Twitter @miramran
Sumber: Twitter @JacFarrah

Shuk dan Rossalennah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca