“Hang Tau Dak Aku Sapa?” Tular Video Lan Pet Pet Buat Hal Lagi

Lan Pet Pet Buat Hal Lagi

Tular di media sosial rakaman video pelawak Lan Pet Pet bergaduh dengan seorang penghantar makanan di jalan raya.

Pelawak dari kumpulan Senario itu sekali lagi didapati terlibat dalam pertelingkahan dengan bertindak merangkul dan memukul penghantar makanan berkenaan. 

Dalam video tersebut, dilihat terdapat tiga orang awam yang cuba untuk menghalangnya daripada terus menghentam lelaki itu.

“Hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?” ujar Lan Pet Pet dalam nada marah.

Video tersebut dirakam dari dalam kereta oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian.

Setakat ini, lokasi dan masa serta mengapa kejadian itu berlaku masih lagi tidak diketahui.

Menurut Harian Metro dan mStar, mereka gagal untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Lan Pet Pet kerana beliau tidak dapat dihubungi. 

Jika anda hendak tahu, insiden seperti bukanlah kali pertama berlaku dimana pelawak berumur 51 tahun ini terlibat dalam pergaduhan.

Pada tahun 2019, Lan atau nama penuhnya Mazlan terbabit dalam pergaduhan dengan seorang pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Pak Ya.

Insiden tersebut berlaku di Nilai, Negeri Sembilan dimana Lan dikatakan telah menumbuk pengawal berusia 71 tahun dimuka sebanyak tiga kali.

Difahamkan, dia juga menendang mangsa yang menegurnya kerana tidak catit nama dalam buku pelawat sebelum memasuki kawasan berkenaan.

Dia kemudian telah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban dalam tahun yang sama setelah mengaku bersalah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca