Haneesya Hanee Terima Kecaman Hebat Daripada Warganet Akibat Guna Kata-Kata Terakhir Sulli Untuk Raih Simpati

Berita kematian bekas ahli kumpulan ikonik K-Pop, f(x), Choi Jin-ri atau lebih dikenali sebagai Sulli yang ditemui tidak bernyawa di apartmennya telah menggemparkan seluruh dunia.

Menurut laporan media tempatan, Sulli yang baru sahaja berusia 25 tahun itu telah menggantung dirinya di dalam bilik. Sebelum ini, pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri To The Beautiful You itu dilaporkan menghidapi penyakit kemurungan.

Beberapa hari sebelum bertindak mengambil nyawanya sendiri, Sulli ada membuat IG Live di laman Instagram. Dalam IG Live itu, selebriti berkenaan ada meluahkan yang dia sangat sedih kerana sering kali menjadi mangsa buli siber di media sosial.

Di saat rata-rata warganet menzahirkan rasa sedih dan simpati mereka terhadap apa yang menimpa Sulli, Haneesya Hanee telah menerima kecaman hebat daripada warganet gara-gara menggunakan kata-kata terakhir penyanyi itu bagi meraih simpati.

https://twitter.com/HaneesyaHanee/status/1183762084997107712?s=20

“Saya minta maaf saya bukan orang yang baik. Saya sendiri tidak tahu apa yang saya buat sampaikan semua orang cakap buruk tentang saya. Saya minta maaf saya tak sempurna. Saya tak boleh hadapi ini lagi. Saya akan uninstall aplikasi Twitter sekarang. Terima kasih untuk segala-galanya,” coret Haneesya di laman sosial berkenaan.

Sekali baca, luahan model yang mula meningkat naik itu sememangnya menyentuh perasaan. Namun begitu, ada segelintir warganet yang perasan bahawa coretan itu sebenarnya merupakan kata-kata terakhir Sulli semasa membuat IG Live.

Oleh sebab itu, ramai yang berpendapat bahawa Haneesya telah mengambil kesempatan atas apa yang menimpa Sulli. Malah, ada yang meminta Haneesya untuk ‘blah’ terus daripada media sosial dan jangan sesekali muncul kembali.

Walau bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, akaun Twitter Haneesya masih lagi wujud dan belum dipadam seperti yang dia katakan dalam tweet di atas.

Artikel Lain Untuk Di Baca