Hancur Kereta Rakan, Video ‘Prank’ YouTuber Ini Terima Pelbagai Reaksi Daripada Warganet

Kita kini boleh lihat pelbagai idea dan juga karya di laman YouTube yang telah dihasilkan oleh anak muda tempatan seperti video masakan, nyanyian serta prank yang diinspirasikan daripada YouTuber luar negara.

YouTuber Isa Isarb sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menghasilkan sebuah video prank di mana dia menghancurkan kereta Proton Iswara pekerja iaitu rakannya sendiri semata-mata demi konten YouTube.

Menerusi video yang dimuat naik, Isa menjelaskan bahawa kereta Proton Iswara yang digunakan oleh rakannya selalu rosak. Atas sebab itu, YouTuber ini memilih untuk membuat kejutan sebagai cara untuk ‘menghargai’ rakannya.

Sekiranya ikut perancangan asal, Isa turut menyebutkan bahawa dia mahu membakar kereta rakannya sebelum rancangan tersebut dihalang pihak berkuasa.

Sumber: The Vocket

Sebagai alternatif, Isa bersama pasukannya telah memecahkan cermin dan memancitkan tayar Proton Iswara tersebut. Selepas itu, YouTuber ini telah memberikan sebuah kereta baharu kepada rakannya Faizal iaitu Perodua Aruz. Lebih menarik, Isa telah membayar kereta berkenaan sepenuhnya secara tunai sebelum ia diberikan kepada rakannya.

Sementara itu, tinjauan kami di laman YouTube mendapati rata-rata warganet kurang gemar dengan cara yang dipilih Isa kerana sanggup memecah dan merosakkan Proton Iswara rakannya sedangkan ia merupakan kereta tempatan:

Walau bagaimanapun, ada juga yang menyokong tindakan YouTuber berkenaan dengan melabelkan beliau sebagai Mr. Beast Malaysia:

Sekiranya berada di tempat rakan berkenaan, apa yang akan anda lakukan? Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca