Hana Azraa Dedah PU Abu Sudah Rujuk Dengan Isteri Pertama

Menurut bekas isteri kepada pendakwah bebas PU Abu Sufyan, Hana Azraa, bekas suaminya telah berbaik semula dengan isteri pertama selepas dua minggu mereka berkahwin.

Kata Hana, pendedahannya itu bagi mengelakkan spekulasi daripada orang ramai berhubung status perkahwinan mereka.

“Saya nak jelaskan semua benda. Serius dah tak kuasa nak layan benda-benda ni. Tak habis-habis lagi korang semua ya.

Mereka tak mahu mengaku biar saya beritahu. Saya beritahu bukan sebab busybody ke apa, serius tak, tapi sebab orang asyik tuduh saya yang bukan-bukan.

Ya, mereka dua tu masih suami isteri. Ain dan Abu Sufyan rujuk dua minggu selepas kami nikah.

Mohon jelas ya semua. Antara saya dengan dia dah tak ada apa-apa melainkan dia dengan Mateen,” kongsi Hana menerusi akaun Instagramnya.

Ini susulan Abu telah memuat naik hantaran video ucapan hari jadi buat anaknya bersama Ain Afini, Adam Aysar yang disertakan ucapan dengan menyebut nama anaknya bersama Hana, iaitu Mateen.

“Adam jangan risau sebab ada Abi dan Mateen yang sentiasa menyayangi Adam,” tulis Abu dalam ucapannya yang mencetuskan rasa tidak puas hati dari segelintir warganet. Tulisan itu kemudian diubah setelah dikecam oleh orang ramai.

Tidak tahan dikecam oleh warganet, Abu tampil menjelaskan tindakannya memetik nama Mateen dalam ucapan hari lahir anaknya itu.

“Adam dan Mateen kedua-duanya anak saya. Berhenti membanding-bandingkan antara kedua-duanya.

Korang membandingkan mereka, aku yang terasa sebab aku ayah kepada Adam dan Mateen,” jelasnya di story Instagram.

“Bab hargai tak hargai ibu yang melahirkan Adam tu cerita lain. Tak semestinya nak kena sebut dalam caption.

Bila aku tak update pasal Adam atau Mateen korang kata tak sayang anak, dah update pertikai benda lain pula.

Aku tak koyak, cuma kelakar je,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Hana memaklumkan beliau telah bercerai dengan Abu pada bulan April.

Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca