Hampir Rugi £900, Satu Soalan Penting Berjaya Kantoikan Penipu WhatsApp

Seorang lelaki hampir berjaya ditipu oleh penipu (scammer) WhatsApp yang licik untuk memindahkan wang sebanyak £900 (RM4,266) sehinggalah satu soalan berjaya kantoikan penipu tersebut.

Pada awalnya, lelaki berkenaan, Michael Griffiths mendapat mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang penipu yang menyamar menjadi anak tirinya Sophie. Namun penipuan tersebut kantoi apabila penipu tidak dapat menjawab soalan Michael tentang nama tengah anak tirinya.

Michael Griffiths hampir berjaya ditipu menerusi WhatsApp oleh penipu yang menyamar sebagai anak tirinya.

Penipu itu memulakan perbualan dengan memberitahu Michael bahawa dia telah kehilangan telefon dan sekarang tengah menggunakan nombor dalam telefonnya yang lama.

Michael membalas mesej tersebut dengan berkata, “Harap kamu jumpa ia Soph, nombor telah disimpan.” Perbualan menerusi WhatsApp itu kemudiannya pantas bertukar kepada topik mengenai wang.

Penipu itu bertanya: “kamu sibuk kah sekarang?

“Sebab saya nak minta tolong. Saya tengah cuba untuk dapatkan aplikasi perbankan pada telefon lama ini namun ia tak menjadi. Jadi sekarang saya agak stress sedikit sebab ada bil yang harus saya bayar.”

“Boleh sahaja Soph. Bagi saya maklumatnya.”

Tangkap layar perbualan Michael dengan penipu yang menyamar sebagai anak tirinya.

Perbualan itu juga menunjukkan Michael bertanya kepada penipu tersebut adakah dia patut memberitahu ibu Sophie untuk menghubungi telefon yang hilang. Namun, penipu tersebut membalas, “Tak perlu. Telefon itu sudah habis bateri.”

Perbualan mereka berlanjutan sehinggalah Michael mula curiga apabila dia menerangkan kepada penipu tersebut bahawa terdapat limitasi dari pihak bank dan dia tidak boleh memindahkan wang sebanyak £900.

Penipu tersebut semakin gopoh dengan bertanya berapa banyak yang boleh dipindahkan dan juga berkata pemindahan harus dilakukan dalam masa 30 minit.

Namun Michael memutuskan untuk bertanya, “Apa nama tengah kamu Soph?”

Tidak dapat menjawab soalan tersebut, akhirnya kantoilah bahawa perbualan tersebut hanyalah satu penipuan. Tertarik dengan penipuan ini, anak saudara Michael, Jordan Parker, 28 memutuskan untuk berkongsi tangkap layar perbualan ini kepada orang ramai untuk menyuruh mereka berhati-hati dengan penipuan.

Penipuan tersebut kantoi apabila Michael menyuruh penipu untuk memberitahu nama tengah Sophie.

Kata Jordan kepada liverpool ECHO, “Dia (Michael) boleh sahaja pindahkan £900 tersebut jika tidak kerana dia wangnya yang tidak mencukupi. Kalaulah penipu tersebut menyuruh dia untuk memindahkan wang sebanyak £300, sudah pasti dia akan terus pindahkan tanpa banyak tanya.”

Untuk membaca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca