Hampir Kahwin Sama Jenis, Ramai Wanita Tertipu Dengan Pengkid Viral Pakai Ihram

Baru-baru ini tular di sosial media tentang wanita pergi mengerjakan umrah menyerupai lelaki dengan berpakaian ihram dan kini ramai mangsa berkongsi cerita tentangnya.

Sumber: Harian Metro

Menurut Aliya, 30-an yang ditemurah oleh wartawan Harian Metro, dia mengenali pengkid yang bernama Ayid ini sejak bulan Mac lalu melalui aplikasi Tik Tok ketika Aliya sedang bersiaran langsung.

“Pernah terdetik dalam hati saya bahawa tubuh badan Ayid seperti perempuan. Namun, ketika membuat panggilan video, Ayid sering menampakkan bahagian atas badan selain memakai kain pelekat,” terang Aliya.

Setelah beberapa bulan mengenalinya, Aliya mula jatuh cinta dengan Ayid dan sehingga merancang untuk bertunang dan berkahwin pada awal tahun hadapan. Ibu bapa Aliya juga sudah tahu akan perancangan mereka.

Pada bulan ini, Aliya telah menerima banyak mesej yang mengatakan Ayid adalah seorang perempuan. Aliya mula rasa curiga apabla rakan baiknya sendiri yang nasihatnya sendiri.

“Apabila rakan baik yang saya kenal turut memaklumkan perkara sama, saya mula curiga dan bertanyakan kepada kawan Ayid. Rakan Ayid memaklumkan yang kami tidak boleh berkahwin. Saya kemudiannya menghubungi mangsa penipuan Ayid yang lain,” terang Aliya.

Aliya menerima pelbagai kisah tentang penipuan Ayid dan termasuklah rakaman video Ayid memakai ihram di Tanah Suci Makkah yang sudahpun Aliya berkongsi di media sosial sebagai amaran kepada wanita di luar sana tentang Ayid.

Penipuan Ayid amat melampau kerana dalam perkongsian mangsa-mangsa di luar sana, ada yang sehingga sudah membeli baju pengantin dan menghantar borang kahwin ke pejabat jabatan agama.

Sumber: YouTube, big foot malaya

Selain itu, ada wanita yang telah meminjamkan Ayid ribuan ringgit dan Aliya juga telah sediakan beberapa hantaran untuk majlis pertunangan mereka yang ditetapkan akan berlangsung pada bulan September ini.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Ramlah, 35 tahun turut berkongsi pada Harian Metro kisahnya mengenali Ayid tahun lepas.

Ayid memaklumkan pada Ramlah yang dia ialah duda anak dua sambil kongsikan gambar bukti bersama dua kanak-kanak. Ramlah kenalkannya pada adiknya dikenali sebagai Rohana, 34 tahun yang sedang bertugas sebagai jurarawat di Arab Saudi iaitu kedudukan Ayid pada masa itu..

Hubungan Ayid dan Rohana semakin erat dibelakang Rohana sehingga mereka rancang hendak kahwin lari di Arab Saudi. Adiknya yang dahulu lemah lembut terus bertukar kerana Ayid.

Rohana berhubung dengan Aliya dan berkongsi tentang adiknya yang percaya Ayid itu lelaki sehingga tidak percaya akan keluarganya sendiri yang Ayid hanya mempermainkannya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca