Hampir Buat Penemuan Signifikan COVID-19, Penyelidik Ini Ditemui Tidak Bernyawa Dengan Beberapa Kesan Tembakan

Seorang profesor di University of Pittsburgh, Pennsylvania yang begitu hampir membuat penemuan yang disifatkan sebagai signifikan berkenaan virus COVID-19 ditemui dalam keadaan tidak bernyawa pada hujung minggu lalu.

Kenyataan Jabatan Polis Ross mengatakan bahawa Bing Liu yang berusia 37 tahun itu ditemui di kediamannya pada Sabtu dengan kesan tembakan di kepala, leher, badan dan kaki.

Pada masa yang sama, penyiasat turut menemui jasad kaku seorang lelaki yang belum dikenal pasti di dalam sebuah kereta di luar rumah Liu dan mereka percaya lelaki itu menembak dan membunuh Liu sebelum mengambil nyawanya sendiri.

“Siasatan awal menunjukkan kedua-dua mereka saling mengenali, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan ia satu jenayah kebencian,” kata jurucakap polis iaitu Detektif Brian Kohlhepp.

Untuk rekod, Liu yang memperoleh ijazah kedoktoran dari Universiti Nasional Singapura pernah bertugas sebagai penyelidik di Carnegie Mellon University, Pennsylvania sebelum memulakan tugas di Fakulti Perubatan, University of Pittsburgh.

Pihak universiti menzahirkan rasa sedih dengan kematian tragis Liu yang disifatkan sebagai seorang penyelidik yang berdedikasi dan disenangi ramai.

“Liu hampir membuat penemuan yang sangat penting untuk memahami mekanisme selular yang mendasari jangkitan SARS-CoV-2 dan asas selular dari komplikasi tersebut,” kata universiti itu menerusi satu kenyataan.

Universiti itu turut memaklumkan yang mereka kini sedang dalam usaha untuk menyelesaikan kajian Liu sebagai satu penghormatan buat mendiang.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca