Hampir 36 Orang Maut, Dua Kereta Api Di Pakistan Bertembung

Hampir 34 orang telah terkorban dan lebih 50 orang yang cedera pada Isnin lalu apabila dua buah kereta api bertembung di wilayah Sindh, selatan Pakistan.

Kemalangan tersebut berlaku di laluan antara Stesen Kereta Api Raiti dan Obaro di daerah Ghotki.

Insiden itu terjadi selepas kereta api Millat Express yang membawa lapan buah gerabak ke utara telah tergelincir sehingga memasuki landasan yang bertentangan berhampiran Dharki.

Kereta api Sir Syed Express yang menuju ke Selatan pula kemudiannya merempuh gerabak Millat Express yang tergelincir itu.

Kata salah seorang daripada penumpang kereta api tersebut, kejadian itu berlaku pada sekitar 03:30 pagi ketika semua orang sedang tidur.

Kerja-kerja menyelamat dikatakan masih giat dijalankan untuk mencari mangsa yang masih terperangkap dalam serpihan kereta api itu.

Pihak hospital yang berdekatan telah menerima amaran kecemasan untuk menguruskan penumpang yang telah tercedera.

Pasukan tentera dan paramiliter bergegas ke tempat kejadian dan dua helikopter tentera telah terlibat dalam memindahkan mangsa kemalangan.

Pasukan penyelamat juga terpaksa menggunakan kren serta peralatan lain untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Pengangkutan kereta api merupakan kenderaan awam yang sering digunakan untuk orang-orang yang berada di kelas pertengahan dan kurang berkemampuan.

Meskipun begitu, gerabak-gerabak kereta api tersebut sering menerima penumpang yang berlebihan dan menyebabkan kondisi kereta api semakin merosot.

Seorang jurucakap Pakistan Railways menjelaskan bahawa lokasi tersebut sangat jauh dan menyebabkan mereka menghadapi beberapa masalah dalam kerja menyelamat.

Sekurang-kurangnya enam buah gerabak telah musnah dalam kemalangan itu.

Dr. Manzoor Jakhrani, Pegawai Kanan Kesihatan itu berkata bahawa kemalangan tersebut menyebabkan situasi yang sangat kritikal berlaku.

Tambahnya, angka kematian dan jumlah penumpang yang cedera akan meningkat pada bila-bila masa sahaja.

Punca berlakunya pertembungan antara kedua-dua gerabak tren tersebut dimaklumkan akan disiasat oleh pihak berkuasa.

Kemalangan kereta api di Pakistan bukanlah sesuatu perkara yang baru bagi mereka.

Malah, pada Oktober 2019, sekurang-kurangnya 75 orang maut apabila kereta api terbakar ketika dalam perjalanan dari Karachi ke Rawalpindi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca