“Hampir 3 Kali Hati Aku Tersentuh Ketika Membaca Novel Ini,” Akhirnya Lelaki Ini Menangis

Menangis juga aku baca novel Seyogia tulisan Amal Hamsan ini. Bagi aku ia tak klise dan taklah merapu sangat kisah cinta dalam novel ini. Kisah yang sedih dan dijamin meragut perasaan. Bad ending (spoiler alert).

Setiap watak dalam novel ini berkait antara satu sama lain. Dan jalan cerita ini menggunakan konsep character driven iaitu karakter utama yang memainkan peranan dengan perkembangan sifat dan emosinya.

Jazreen (Jard) seorang perempuan rebel (suka memberontak) yang melarikan diri dari masalah dan bertemu dengan Laila, gadis periang yang menyimpan rahsia terpendam. Jazreen mempunyai abang, Jazman (Sot) yang sentiasa mengambil berat tentangnya. Soalnya, Jazman tidak menunjukkan sikap tersebut kepadanya. Kehadiran Azzad dalam hidup Jazreen membuatkan kekosongan dirinya terisi seketika.

Bagi aku, cerita ini mempunyai nilai tersendiri. Hampir 3 kali hati aku tersentuh ketika membaca novel ini. Kalau cerita, memang spoil sangat-sangat.

Kita tak akan pernah boleh lari dari masalah.

Tak tahulah, bila aku baca novel ini rasanya macam cepat sangat perjalanannya. Tapi best. Setiap watak tak muncul secara sia-sia.

Syabas kepada penulis kerana membuatkan hati aku tersentuh tanpa perlu meletakkan ayat-ayat Al-Quran untuk berdakwah dalam novel. Ini baru betul cerita.

Luar biasa!

Penulis novel Seyogia ini juga turut kongsikan¬†tips menulis dengan formula ‘kuat berangan.’

Perkongsian dengan izin penulis asal, Mirza Danish

Artikel Lain Untuk Di Baca