Hampir 1 Bilion Haiwan Terkorban, Kebakaran Hutan Australia Sebabkan Glasier Tukar Warna

Kebakaran hutan yang berlaku Australia merupakan krisis alam sekitar yang kini mengancam dunia.

Difahamkan, semenjak bencana terbabit mula-mula berlaku pada September lalu, ia sudah meragut nyawa hampir setengah bilion hidupan liar dan tumbuhan di kawasan itu selain telah mengakibatkan glasier di New Zealand bertukar warna.

Seorang ahli ekologi dari University of Sydney telah menganggarkan sekurang-kurangnya 480 juta haiwan telah terkorban dek kerana kebarakan itu dan 8,000 daripadanya merupakan beruang koala.

Pihak berkuasa Australia menyuarakan kegusaran selepas terdapat kemungkinan bahawa 30 peratus daripada koloni beruang koala di New South Wales kini sudah tiada ekoran daripada kebakaran tanah seluas 10 juta ekar yang sedang berlaku di kawasan itu.

Mark Graham yakni seorang ahli ekologi Nature Conservation Council berkata, beruang koala amat terkesan dengan kejadian ini ekoran mereka tidak mampu untuk bergerak laju.

Selain itu, populasi marsupial kecil yang digelar dunnart dan burung kakak tua hitam berkilat juga berkemungkinan sudah musnah di dalam kebakaran sama.

Seorang penyelamat di Wildlife Information, Rescue and Education Services (Wires) pula berkata, pihaknya kini gusar ekoran tidak banyak pesakit haiwan yang dihantar ke pusat terbabit.

“Kami tidak menerima begitu banyak haiwan. Jadi, kami beranggapan hal itu berlaku kerana mereka semua sudah tiada lagi,” kata Tracy Burgess, seorang sukarelawan.

Sementara itu, krisis berkenaan bukan sahaja mengancam hidupan liar di Australia, malah ia turut memberi impak negatif terhadap glasier putih di New Zealand.

Menerusi akaun Twitter, beberapa keping gambar telah dimuat naik yang memaparkan imej salji yang putih di glasier kini sudah berubah perang ekoran daripada debu kebakaran yang berlaku di negara jiran Australia.

Menurut laporan, glasier yang kini diliputi debu dari asap kebarakan akan mengakibatkan salji cair dengan pantas sekali gus menambah masalah iklim yang sudah sedia ada.

Andrew Mackintosh yakni pakar glasier dan iklim berkata, sekiranya kebakaran Australia berlanjutan, terdapat kemungkinan bahawa ia akan mempercepatkan proses pencairan glasier New Zealand.

Menurut laporan, angka kematian akibat kebarakan yang melanda Australia kini sudah meningkat kepada 17 orang manakala 500 yang lain hilang tempat tinggal.

Untuk membaca artikel lain berkaitan kebakaran hutan di Autralia, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca