Hamil Anak Pertama, Lindsay Lohan Umum Rasa Teruja

Pelakon dan penyanyi terkenal iaitu Lindsay Lohan mengumumkan sedang hamil anak pertama bersama suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Sumber: InStyle

Menerusi hantaran di Instagram, Lindsay Lohan menunjukkan sehelai baju bayi berwarna putih yang bertulis ‘coming soon’ berserta kapsyen dengan perasaan rasa syukur dan teruja.

Berita gembira ini disambut baik oleh semua peminat dan turut berasa teruja dengan kehadiran orang baharu dalam hidupnya.

Lebih menarik lagi bintang reality TV terkenal Hollywood, Paris Hilton juga meluahkan rasa gembira bagi Lindsay Lohan.

Paris Hilton yang baru sahaja menerima cahaya mata lelaki pada Januari lalu memberikan kata nasihat kepada Lindsay Lohan dengan menyatakan setiap saat harus dihargai kerana perasaan itu sangat berharga.

Sumber: Vogue

Lindsay Lohan mendirikan rumah tangga dengan Bader Shammas pada bulan Julai tahun lalu dengan berkongsi gambar berbulan madu di Turki.

Pelakon tersebut menyatakan berkahwin dengan Bader Shammas membuatkannya wanita paling bertuah di dunia dan setiap wanita patut merasakan perasaan ini setiap hari.

Sumber: Instagram

Bayi ini merupakan anak pertama kepada mereka berdua dan menjadikan peristiwa penting untuk Lindsay Lohan yang kini berusia 37 tahun.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca