Hamil Anak Ke-17, Wanita Ini Ingin 20 Cahaya Mata

Seorang ibu kepada 16 orang anak yang kini sedang mengandung anak ke 17 meluahkan hasrat ingin mempunyai 20 cahaya mata.

Patty Hernandez berusia 40 tahun menetap di North Carolina, Amerika Syarikat meletakkan kesemua nama anaknya bermula dengan huruf C sebagai penghormatan kepada suaminya yang bernama Carlos.

Sumber: The Mirror

Pasangan ini mempunyai 6 anak lelaki dan 10 anak perempuan di mana tiga daripadanya adalah pasangan kembar.

Patty Hernandez yang tidak lama lagi akan melahirkan anak ke-17 menyatakan dia masih ingin mahukan cahaya mata.

Sumber: EXPRESS

Dia berharap mempunyai 20 orang anak tetapi segala perancangan terletak di tangan Tuhan.

Patty memberitahu kehamilan anak bongsunya pada Mei tahun lalu adalah yang paling sukar.

Anak ke-17 pasangan itu dijangka lahir pada bulan Mac tahun depan dan jantina bayi tersebut adalah lelaki.

Lebih menarik lagi, nama anak ke-17 ini juga bakal bermula dengan huruf C untuk mengekalkan tradisi nama keluarga mereka.

Walaupun Patty sudah mengandung 14 tahun tetapi keterujaan dalam menyambut bayi baharu tidak pernah hilang.

Antara nama anak pasangan ini adalah Carlos Jr, Christopher, Carla, Caitlyn, Cristian dan Celeste.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca