[Video] Hambar, Pertandingan Kentut Di India Hanya Mendapat 3 Penyertaan Pentas

Suatu pertandingan kentut telah diadakan pada Ahad lalu di bandar Surat, India. Pertandingan tersebut merupakan acara yang pertama dianjurkan di negara tersebut. Walau bagaimanapun, kontes itu menemui kegagalan selepas hanya 3 orang peserta yang berani tampil ke pentas untuk menunjukkan ‘bakat’ mereka yang terpendam.

Menurut penganjur bernama Yatin Sangoi, walaupun seramai 60 orang telah mendaftar untuk menyertai pertandingan mencari kentut paling panjang, paling kuat dan paling musikal itu, hanya 20 orang sahaja yang muncul pada hari kejadian. Namun begitu, hanya tiga orang sahaja berani menyahut cabaran tersebut di atas pentas.

Selain peserta, terdapat 70 hadirin lain dan beberapa saluran media berada di dalam dewan makan tersebut bagi menyaksikan detik bersejarah itu.

“Peserta mungkin keberatan mahu naik ke pentas kerana malu dengan kehadiran ahli media, jurugambar dan orang ramai. Selain itu, kami turut memanggil sebuah firma untuk membuat satu alat bagi mengukur tahap kentut peserta,” ujar Yatin Sangoi.

Video pertandingan tersebut telah dikongsikan ke laman sosial Twitter dan mendapat sebanyak 103.3 ribu views, 326 ulang kicau dan 474 tanda suka.

Menurut Yatin Sangoi lagi, tiga peserta yang naik ke pentas itu dikenali sebagai Sushil Jain dari Bardoli, Alkesh Pandya dari Patan dan Vishnu Heda dari Surat. Ketiga-tiga mereka gagal melepaskan angin seperti yang dipinta namun mereka tetap menerima hamper kerana keberanian mereka naik ke pentas.

Yatin Sangoi berkata dia tidak kisah dengan kegagalan acara tersebut. Malah, penganjur itu sudah bercita-cita mahu membuat pertandingan kentut seterusnya di Mumbai yang bakal dilengkapi bilik untuk membenarkan peserta melepaskan angin tanpa diperhatikan orang ramai.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca