Halau Penumpang Dari Wuhan, Pemandu Bimbang Terima Jangkitan Koronavirus

Baru-baru ini, seorang pemandu e-hailing menjadi tular di laman media sosial apabila menghalau seorang penumpang dari Wuhan kerana panik dan bimbang akan menerima jangkitan koronavirus (2019-nCOV).

Pada mulanya, penumpang itu mengalami batuk dan selesema.

Sudah tentu, pemandu tersebut menjadi bimbang lalu bertanya kepada penumpang terbabit, “Kenapa kamu batuk? Kamu berasal dari mana?”

Sebagai respons, penumpang itu tidak menafikan bahawa dia baru sahaja pulang dari Wuhan dan mahu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Namun, pemandu itu menyuruh penumpang berkenaan keluar dengan berkata, “Kamu kena keluar sekarang, cepat keluar.”

Kejadian itu dirakam oleh kamera papan pemuka (dashboard) kenderaan tersebut.

Dalam pada itu, ramai warganet yang berasa simpati terhadap penduduk dari Wuhan kerana berhadapan dengan situasi yang sukar ketika 2019-nCOV melanda bandar tersebut.

Pemandu itu pula menerima kecaman daripada warganet kerana tidak bertimbang rasa untuk membantu penumpang tersebut mendapatkan rawatan di hospital.

Anda boleh menonton video penuh di bawah:

Video berdurasi tiga minit ini menerangkan secara ringkas dan padat tentang koronavirus dan langkah-langkah pencegahannya.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai koronavirus, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca