Halal Tapi Haram, Ini ‘Trick’ Peniaga Di Myeongdong Street Tarik Pelanggan Muslim

Salah satu negara yang menjadi pilihan destinasi pelancongan utama dalam masyarakat kita ialah Korea Selatan. Selain terdapat banyak tempat menarik yang rata-ratanya Instagram-worthy, mereka yang berkunjung ke sana juga pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba makanan Korea.

Namun begitu, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari makanan halal di Korea. Antara tempat di Korea yang dikatakan banyak menjual makanan halal ialah Myeongdong Street. Persoalannya, adakah makanan di situ benar-benar halal atau ia sekadar halal di atas logo semata-mata?

Seorang pengguna laman Twitter iaitu Najib Ayub telah berkongsi satu video sewaktu dia berkunjung ke Myeongdong Street.

Dalam video tersebut, satu papan tanda yang mempamerkan logo halal dilihat diletakkan di bawah dan pada masa yang sama, gerai itu mempunyai papan tanda dengan gambar menu berasaskan khinzir. Jadi, mana datang halalnya?

Menurut Najib, papan tanda yang dipamerkan di kebanyakan gerai dekat Myeongdong Street bergantung kepada pengunjung ketika itu. Jika majoriti daripada mereka beragama Islam maka papan tanda halal akan dipamerkan meskipun makanan yang dijual tidak halal sama sekali. Papan tanda biasa akan digunakan sekiranya tidak ramai pengunjung Muslim ketika itu.

https://www.instagram.com/p/B3667FABQg0/?utm_source=ig_embed

Selain itu, sebuah restoran halal yang bertempat di Seoul, Korea turut berkongsi satu posting di laman Instagram di mana mereka mengesahkan bahawa kebanyakan makanan yang dijual di Myeongdong Street adalah tidak halal.

Rata-rata warganet sangat terkejut dengan apa yang dibongkarkan itu kerana selama ini, majoriti sangkakan sesuatu makanan itu halal apabila wujudnya papan tanda halal.

Sekiranya anda berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Korea, kami berharap agar anda lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan. Pastikan ia benar-benar halal dan jangan bergantung pada papan tanda halal semata-mata. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Artikel Lain Untuk Di Baca