Haiwan Amfibia Menggemparkan Warganet, Katak Sebesar Bayi Manusia

Haiwan Amfibia Menggemparkan Warganet, Katak Sebesar Bayi Manusia

Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura yang bermaksud tidak berekor. Amfibia adalah ektotermik dimana seekor haiwan yang berdarah sejuk dan vertebrata tetrapod iaitu mempunyai empat anggota.

Mereka mendiami pelbagai habitat dengan kebanyakan spesies yang hidup di dalam ekosistem daratan, bawah tanah, atas pokok atau di akuatik air tawar. Biasanya, amfibia bermula sebagai larva yang hidup di dalam air, tetapi beberapa spesies telah membangunkan penyesuaian tingkah laku yang mengatasi ciri ini.

Seekor katak hampir menyerupai ukuran bayi manusia telah berjaya ditangkap di pinggir ibu kota Pulau Solomon, Honaira. Jimmy Hugo merupakan pemilik kilang kayu telah menemukan katak sebesar bayi itu lalu memuat naik ke akaun Facebook miliknya malah, turut menggemparkan warganet di akaun sosial media.

Berdasarkan catatan yang dibuatnya, Hugo berkata katak berkenaan lebih dikenali sebagai ‘ayam belukar’ dalam kalangan penduduk di pulau tersebut.

“Rasanya lebih sedap daripada seekor ayam”, jelasnya.

Sumber: Facebook (BrökenvéssèL)

Dilaporkan daripada portal berita ABC, menurut pakar biologi, Dr Patrick Pikacha memaklumkan bahawa spesis katak ini dikenali sebagai Cornufer guppyi dan ia merupakan salah satu katak terbesar di dunia.

Bukan itu sahaja, sebelum penemuan katak Cornufer guppyi, spesies Goliath Afrika telah ditemui di Cameroon. Katak Goliath Afrika yang berukuran sehingga 36 sentimeter panjang. Katak di Pulau Solomon kini terancam akibat aktiviti pembalakan yang dilakukan, tambah Dr Pikacha.

Selain itu, bahan kimia juga dilepaskan ke dalam sungai turut mengakibatkan kematian amfibia tersebut. Walaupun katak yang dikongsikan oleh Hugo itu agak besar, dia pernah menemui saiz yang lebih besar daripada itu di Pulau Gatokae, salah satu pulau kecil yang terletak di barat Pulau Solomon, katanya lagi.

“Seekor katak yang pernah ditemui dan berukuran 30 sentimeter panjang dan hampir menyamai pembaris panjang. Ketika itu, katak berkenaan sedang makan seekor ulat, jadi ia tidak cuba melarikan diri”, ujar Dr Pikacha.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca