Anda mesti tahu kan? Hari ini merupakan ‘Hari Kekasih’ dan ada di antara kita yang ingin menyambutnya sebagai tanda untuk menghargai pasangan dengan memberi hadiah istimewa kepada mereka.
Mungkin ada di antara anda yang masih belum mencari hadiah istimewa kepada pasangan, jangan risau ia masih belum terlambat kerana di sini kami kongsikan idea hadiah yang paling sesuai serta menepati dengan bajet anda. Antaranya adalah:
1. Hamper DIY
Jika anda pasangan yang baru bercinta dan tidak tahu barangan kegemaran si dia, bolehlah berusaha menunjukkan kreativiti dengan mengubah hamper “custom made” sendiri. Ia bukan sahaja menjimatkan, malah anda boleh memilih hadiah yang ingin diberikan.
Anda boleh penuhkan hamper itu dengan makanan seperti coklat dan biskut. Selain itu, anda boleh juga meletakkan beberapa barangan lain yang boleh digunakan bila-bila masa seperti tuala, wangi-wangian atau buah-buahan.
2. Pewangi
Pewangi juga sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah, cuma pastikan anda memilih mengikut kemampuan. Rangkaian kedai penjagaan diri biasanya menawarkan pakej yang bersesuaian mengikut bajet dan citarasa anda, minta sahaja pekerja mengubah bagi menampakannya lebih eksklusif.
Anda boleh pilih wangian yang terdiri daripada pelbagai produk seperti mandian, pelembap dan semburan yang berharga kurang RM100.
3. Buku
Kalau ada pasangan anda yang suka membaca buku atau lebih mesra dengan panggilan ‘ulat buku’, apa kata anda datang sahaja ke I Am Lejen Shop yang terletak di SS15. Di sana anda boleh mendapatkan pelbagai jenis buku dengan pelbagai pilihan.
Menariknya, I Am Lejen Shop ada membuat promo 3 buku RM20 sahaja. Selain itu, di sana juga anda boleh mendapatkan buku yang sudah dibalut cantik dan kemas dengan harga RM20 serta bersama paperbag. Semestinya, ia akan menjimatkan masa anda semua.
Selain itu juga, waktu operasi kedai ini adalah bermula dari jam 10 pagi sehingga 10.30 malam.
4. Suplemen Kesihatan
Bagi yang mementingkan kesihatan, hari kekasih boleh digunakan untuk menyampaikan rasa ambil berat anda terhadap pasangan. Hadiahkan dia suplemen tambahan untuk kecergasan minda dan tampil bertenaga sepanjang masa.
Selain itu, terdapat pelbagai jenis suplemen seperti berbentuk tepung susu, sachet atau pil untuk lelaki dan wanita yang sesuai dijadikan hadiah.
Bagi mereka yang kesempitan wang, bolehlah survey idea-idea yang telah dinyatakan dan lebih penting ia semua dalam bajet RM100 sahaja.