Search
Close this search box.

Hadapi 4 Pertuduhan Jenayah Seksual Terhadap 3 Remaja, PU Azman Mengaku Tidak Bersalah

Pendakwah selebriti Azman Syah Alias ataupun lebih dikenali sebagai PU Azman dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan empat lagi pertuduhan jenayah seksual terhadap tiga orang remaja.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Azman tidak mengaku bersalah selepas tiga pertuduhan pertama dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Klang Syafeera Mohd. Said dan satu di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid.

Turut dikenali sebagai Cik Man, Azman didakwa telah melakukan amang seksual fizikal di sebuah inap desa di Sungai Udang, Selangor terhadap seorang remaja berusia 16 tahun pada 20 Februari lalu di Mahkamah Sesyen Klang.

Tertuduh kemudiannya didakwa telah melakukan kesalahan sama di lokasi tersebut pada 29 Jun lalu ketika remaja berkenaan berusia 17 tahun.

Untuk pertuduhan ketiga pula, tertuduh turut didakwa menggalakkan seorang remaja lain berusia 17 tahun untuk berkomunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp di sebuah rumah di Meru, Klang pada 16 Ogos lalu.

Bagi kedua-dua kesalahan yang didakwa telah dilakukan oleh Azman dekat sebuah inap desa di Sungai Udang, tertuduh dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di mana dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan sebat sekiranya sabit kesalahan.

Sumber: Utusan Malaysia

Untuk pertuduhan komunikasi seksual, pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 11(1)(b) akta sama yang boleh mengakibatkan penjara sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

Azman dituduh di Mahkamah Majistret Klang kerana didakwa telah melakukan perbuatan tidak sopan dengan menyentuh anggota sulit seorang remaja berusia 19 tahun pada 10 Jun lalu dekat sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek, Klang.

Penceramah selebriti itu dituduh di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang mana tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh kemudiannya dibenarkan diikat jamin sebanyak RM24,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu tidak boleh mengganggu mangsa dan keluarga sama ada secara terus atau melalui ejen serta lapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sumber: OhBulan!

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala tertuduh diwakili peguam Fahmi Adilah dan Mohamad Zahid Ahmad.

Syafeera dan Amirul Asyraf menetapkan tarikh 12 Januari 2023 untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen bagi kesemua pertuduhan.

Pada 12 Oktober lalu, PU Azman diwakili peguam sama dibenarkan diikat jamin sebanyak RM40,000 dan diperintah menyerahkan pasport kepada mahkamah atas lima pertuduhan yang dihadapinya di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca