Had Umur Kahwin Wanita Dinaikkan Kepada 21, Ibu Bapa Kalut Cari Menantu Untuk Anak Di India

Berikutan cadangan kerajaan India untuk menaikkan had umur wanita dibenarkan berkahwin dari 18 tahun kepada 21 tahun, ibu bapa dilihat kalut mencari menantu untuk anak mereka.

Cadangan Rang Undang-undang Larangan Perkahwinan Kanak-Kanak (Pindaan) 2021 yang mungkin diterima sebagai undang-undang baharu menjadi kerisauan pada ibu bapa di India. Hal ini menyebabkan berlakunya peningkatan ‘perkahwinan panik’ di negara tersebut di mana ibu bapa berpusu-pusu untuk mengahwinkan anak perempuan mereka.

Cadangan menaikkan had umur kahwin wanita kepada 21 tahun menyebabkan ibu bapa berpusu-pusu untuk mengahwinkan anak mereka. *Gambar hiasan

Sebahagian daripada mereka sanggup membayar yuran tiga kali ganda semata-mata ingin menyiapkan urusan perkahwinan anak mereka dan dilaporkan banyak perkahwinan hanya dijalankan di rumah kerana sebilangan besar dewan sudah penuh.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perbahasan yang digunakan semasa rang undang-undang tersebut disegerakan ke melalui Parlimen pada bulan lalu. Antaranya ialah, pindaan undang-undang tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesaksamaan jantina dan menghapuskan perkahwinan kanak-kanak.

Menurut Smriti Irani, Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak yang memperkenalkan rang undang-undang berkenaan, langkah untuk meningkatkan umur undang-undang adalah “langkah yang menentukan” masa depan India.

“Negara ini masih didiami masyarakat konservatif di mana wanita berkahwin pada usia muda bukanlah sesuatu yang luar biasa dan perkahwinan bawah umur adalah perkara biasa terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Daripada Tinjauan Kesihatan Keluarga Kebangsaan terkini, terdapat sebanyak 6.8 peratus remaja wanita berumur 15 hingga 19 tahun mengandung dalam tempoh 2019 hingga 2021. Dan tinjauan itu juga menunjukkan sebanyak 23.3 peratus wanita berumur 20 hingga 24 telah berkahwin sebelum umur 18 tahun, walaupun itu adalah dilarang undang-undang.

Belum lagi diangkat menjadi rang undang-undang baharu, cadangan menaikkan had umur itu dilihat telah menimbulkan kekecohan orang ramai. Sumber: Sinar Harian

Namun terdapat segelintir pengkritik tidak bersetuju dengan cadangan peningkatan had umur tersebut dengan hujah bahawa pindaan itu akan menjadi “resipi untuk bencana” dan menghukum wanita dewasa yang muda.

“Undang-undang baharu akan mengawal autonomi wanita dewasa sambil merompak hak seksual mereka untuk berkahwin apabila mereka berasa bersedia.

“Jika remaja berusia 18 tahun boleh mengundi, memandu, mewakili negara dalam Sukan Olimpik dan berlakon dalam filem, mengapa mereka tidak boleh mengikat tali pertunangan pada usia itu?” soal Pratibha Kapur, seorang aktivis yang berpangkalan di Delhi.

Tambah Kapur lagi, rang undang-undang itu juga bertujuan untuk meminda undang-undang peribadi lain yang sedia ada. Antaranya ialah Akta Perkahwinan Kristian India, Akta Perkahwinan dan Perceraian Parsi, Akta Permohonan Undang-undang Peribadi Muslim (Syariah), Akta Perkahwinan Khas, Akta Perkahwinan Hindu dan Perkahwinan Asing.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca