Habiskan RM1,255 Setiap Bulan Beli Lampin, Kenali Paigey Miller Yang Hidup Sebagai Bayi Dewasa

Seorang wanita mendakwa dirinya telah menghabiskan wang tunai berjumlah £230 (RM1,255) sebulan dengan membeli lampin hanya kerana mahu memenuhi cara hidupnya sebagai bayi dewasa sepenuh masa.

Paigey Miller yang berasal dari kawasan Pantai Timur, Amerika Syarikat menjadikan katil bayi sebagai tempat tidurnya setiap malam.

Setiap pagi, usai menukar lampinnya, Paigey akan menghabiskan masanya dengan bermain alat permainan dan mencipta kandungan buat komuniti dalam taliannya yang dikenali sebagai Adult Baby and Diaper Lover (ABDL).

Menurut Paigey, ia merupakan harapan hidupnya untuk menjadikan gaya hidup sebagai bayi dewasa yang dilakukannya semenjak bulan Mei 2018 sebagai suatu perkara yang normal dan dapat diterima masyarakat.

Menerusi komuniti dalam talian yang diciptanya, Paigey berharap dia dapat membantu individu-individu lain di luar sana supaya tidak berasa malu untuk menjadikan bayi dewasa sebagai gaya hidup.

Tidak cukup dengan itu, komuniti dalam talian yang dicipta juga berfungsi sebagai pendapatan sampingan Paigey yang membantu untuk menampung kehidupan mahalnya sebagai seorang bayi dewasa.

Hanya dalam masa satu bulan, Paigey mendakwa dia menghabiskan kira-kira RM1,255 untuk membeli lampin dan kos berkenaan ditaja sepenuhnya oleh 426 pengikutnya di komuniti ABDL.

Berbicara mengenai tanggapan masyarakat terhadap gaya hidup unik yang dipilihnya, Paigey berkata dia tidak kisah dikecam dan selesa dengan caranya yang tersendiri.

“Saya sering mengumpul alat permainan dan mempunyai cara percakapan yang agak muda daripada umur saya. Oleh itu, semua rakan-rakan dan ahli keluarga sangat memahami dan menerima saya,” ujar Paigey.

Tambah wanita yang berusia 25 tahun itu lagi, semenjak dia menubuhkan saluran YouTube sendiri yang membicarakan gaya hidupnya sebagai bayi dewasa secara terbuka, dia sering menerima kiriman e-mel penghargaan daripada orang yang tidak dikenali.

“Mereka berterima kasih kepada saya kerana sangat terbuka dalam membincangkan gaya hidup yang saya pilih.”

“Tidak kurang juga, ada yang tidak mengerti mengapa saya memilih untuk berkelakuan seperti anak kecil meskipun saya sudah dewasa. Saya memberitahu mereka ia semua hanyalah pemikiran sendiri yang mahu bergembiran dengan perkara-perkara kecil dalam kehidupan,” katanya lagi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan gaya hidup individu lain di dunia, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca