Guru Sering Dipanggil Budak Kecil Gara-Gara Memiliki ‘Baby Face’

Seorang guru yang mendapat jolokan ‘baby face’ ini semakin popular di media sosial kerana memiliki wajah muda seperti kanak-kanak berusia 7 tahun berbanding usia sebenarnya.

Ian Francis Manga, berusia 23 tahun mengajar di sebuah sekolah di San Jose Del Monte, Bulacan di Filipina.

Anda mungkin tidak percaya namun hakikatnya Ian selalu kelihatan seperti sebaya dengan anak muridnya.

Disebabkan wajahnya kelihatan seperti kanak-kanak, ibu bapa sering mengalami masalah dalam membezakan Ian dan anak muridnya.

Namun, Ian dapat mengatasi hal ini dengan baik malah menganggap perkara ini adalah asam garam sejak menjadi seorang guru di sekolah tersebut.

Ian sebenarnya pernah diserang penyakit yang menyebakan tumbesarannya terbantut dan lebih rendah berbanding rakan sebayanya.

Bagaimanapun, Ian berjaya lulus dalam peperiksaan lesen guru (LET) pada Mei lalu.

“Ada beranggapan saya masih bersekolah dan menjerit dengan memanggil ‘budak kecil’. Bila mengetahui saya seorang guru, mereka berasa malu dan kagum.”

“Saya juga suka bermain dengan anak murid malah dianggap abang,” kata Ian yang mempunyai ketinggian 162 sentimeter.

Mengenai pemilihan kerjaya guru sebagai kariernya, Ian memang bercita-cita untuk menjadi guru daripada kecil lagi dan menjadikan ibunya sebagai idola yang juga merupakan seorang guru serta peniup semangat kepada dirinya.

“Walaupun perlu berhadapan dengan pelbagai rintangan, saya abaikan segalanya malah membuktikan bahawa saya mampu lakukannya hingga berjaya,” tambah Ian lagi.

Benarlah, rupa bukan segalanya. Asal sahaja ada niat murni dan usaha yang menggunung, pasti dunia terbelalak melihat kekuatan dan kebolehan diri kita.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca