Tidak Layak Digelar Guru, Lelaki Ini Rogol Anak Murid Berusia 14 Tahun Sebanyak 285 Kali

Kejadian di Taiwan melibatkan seorang guru tuisyen yang merogol anak muridnya. Mangsa bernama Lan mula menggunakan khidmat kelas tambahan tersebut sejak berusia 11 tahun lagi.

Difahamkan bahawa guru berkenaan menyatakan rasa cintanya kepada Lan sewaktu dia mencecah umur 14 tahun iaitu pada tahun 2014. Bukan itu sahaja, Lan turut dijanjikan oleh pelaku bahawa dia akan segera dikahwini apabila berusia 18 tahun.

Mangsa terpedaya dan bersetuju untuk keluar bersama guru tersebut. Walau bagaimanapun, guru berkenaan dikhabarkan bakal berkahwin dengan wanita lain. Berikutan rasa sedih, Lan memutuskan untuk berpisah dengan guru itu.

Ternyata, guru yang dikenali sebagai Fang mempunyai agenda lain untuk menutup kesalahan dan perbuatan buruk terhadap anak muridnya itu. Dia sanggup mereka cerita yang tidak benar kepada ibu mangsa tersebut.

Cerita-cerita buruk yang disampaikan oleh Fang bukan sahaja mengakibatkan imej Lan rosak di mata ibunya, malah dia turut dihukum untuk tidak menggunakan telefon bimbit dan melayari internet.

Berhubung rasa kecewa, Lan akhirnya menceritakan perkara sebenar kepada ibunya. Sejurus mengetahui perkara tersebut, ibu kepada mangsa segera membuat laporan polis bahawa anaknya telah melakukan hubungan seks bersama guru itu.

Namun demikian, sepanjang siasatan dijalankan, Fang cuba menafikan perlakuannya dengan menyatakan bahawa mereka hanya sekadar ‘bercium dan berpegangan tangan’.

Lan seterusnya mempamerkan bukti kepada pihak berkuasa dengan menunjukkan coretan pengalaman seksualnya bersama lelaki berkenaan dalam buku notanya. Bahkan, dia turut mampu mendeskripsikan dengan jelas mengenai alat sulit lelaki tersebut merangkumi aspek bentuk dan saiz tahi lalat.

Bukan itu sahaja, pemeriksaan hospital turut dijalankan ke atas Lan untuk membuktikan bahawa dia sememangnya aktif melakukan hubungan tersebut bersama lelaki itu.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh mereka hampir setiap hari sejak minggu pertama mereka keluar bersama. Mangsa turut mendakwa bahawa hubungan tersebut dilakukan sebanyak 285 kali sebelum melangkau usia 14 tahun lagi.

Fang akhirnya disabitkan bersalah atas tuduhan merogol gadis bawah umur dan dijatuhkan hukuman penjara selama 9 tahun dan 6 bulan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca