Gundik Rasmi Diraja Telah Dilantik Oleh Raja Thailand Yang Merupakan Bekas Kekasihnya

Major-Jeneral, Sineenat Vongvajirapakdi, 34, telah mendapat gelaran Royal Noble Consort apabila dilantik sebagai gundik rasmi kepada Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn.

Istiadat pelantikan Sineenat yang sebenarnya merupakan bekas kekasih baginda tersebut turut dihadiri oleh isteri baginda iaitu Permaisuri Jeneral Sutida Vajiralongkorn.

Sineenat yang juga merupakan bekas pramugari Thai Airways itu dikurniakan oleh baginda empat pingat termasuk Most Illustrious Order of Chula Chom Klao, 1st Class dan the Most Exalted Order of the White Elephant.

Pelantikan Sineenat sebagai gundik diraja adalah pertama kali dalam sejarah moden negara Thailand. Pelantikan diraja seperti ini tidak pernah diiktraf kerajaan Gajah Putih itu selepas kali terakhir pelantikan sebegitu terjadi pada tahun 1977.

Raja Vajiralongkorn atau nama lainnya Raja Rama X baru sahaja menikahi permaisurinya itu tiga bulan lalu mengikut tradisi dan undang-undang.

Raja Rama X pernah berkahwin sebanyak tiga kali sebelum berkahwin dengan permaisuri Thailand yang sekarang. Namun, perkahwinan sebelum itu gagal bertahan.

Pada 2 Mei 2019, dua hari sebelum baginda ditabalkan sebagai Raja ke-10 Dinasti Chakri, baginda mengumumkan telah berkahwin dengan Permaisuri Sutida yang berkhidmat dalam unit khas Pengawal Raja ketika itu.

Istiadat pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn itu diadakan secara gilang-gemilang mengikut keagamaan Hindu dan Buddha.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca