Search
Close this search box.

Guna Ubat Anti HIV Dan AIDS, China ‘Temui’ Penawar Untuk Koronavirus

Suruhanjaya Kesihatan Beijing mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa ubat yang kebiasaannya digunakan untuk merawat virus HIV dan AIDS sedang digunakan untuk merawat pesakit koronavirus (2019-nCoV) di bandar tersebut.

Selain itu, suruhanjaya kesihatan berkenaan turut mengesahkan bahawa tiga hospital khas sedang menggunakan ubat Lopinavir/ Ritonavir (LPV/r) untuk merawat pesakit.

Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga hospital itu menggunakan LPV/r untuk merawat pesakit sebagai sebahagian daripada Program Diagnosis dan Rawatan Pneumonitis untuk Jangkitan Koronavirus Baharu (Edisi Percubaan).

Memetik kenyataan Dr. Anthony Fauci iaitu Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Amerika Syarikat, Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat kini sedang berusaha untuk menghasilkan vaksin khusus untuk 2019-nCoV.

Tambahnya, ia akan mengambil masa berbulan sehingga fasa pertama percubaan vaksin tersebut manakala stok vaksin itu pula akan mengambil masa lebih dari setahun untuk dihasilkan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Kesihatan Bandaraya Shanghai telah mengesahkan seorang pesakit yang dijangkiti koronavirus telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu lalu (25 Januari).

Menurut laporan media tempatan, seorang wanita berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Chen dikatakan pulih sepenuhnya daripada virus tersebut.

Walaupun wabak koronavirus dikatakan tidak mempunyai penawar sebelum ini, semuanya berubah selepas sebuah uji kaji dijalankan oleh sekumpulan doktor yang memberi dos HIV kepada pesakit itu membuktikan sebaliknya.

Dos berkenaan dipercayai telah berjaya menghentikan wabak itu daripada terus merebak ke dalam sel badan.

Pada pendapat anda, bolehkah penawar yang berkesan untuk wabak koronavirus ditemui dalam masa terdekat?

Walaupun penawar untuk virus tersebut masih belum ditemui sehingga hari ini, anda boleh tonton video di bawah untuk perkara yang anda mesti tahu mengenai 2019-nCOV:

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai koronavirus, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca