Guna Tempurung Kelapa Sebagai Pelitup Muka, Lelaki Ini Disuruh Tekan Tubi Sebagai Hukuman

Seorang lelaki di Bali, Indonesia tular di media tempatan kerana memakai pelitup muka yang diperbuat daripada tempurung kelapa.

Petugas parkir berusia 44 tahun yang bernama Nengah Budiasa itu menyatakan bahawa dia memakai tempurung kelapa itu lebih selesa berbanding pelitup muka biasa.

Nengah menjelaskan bahawa dia harus menggunakan wisel ketika bertugas. Jadi, ianya agak susah untuk digunakan ketika memakai pelitup muka biasa.

Katanya lagi, pelitup muka lebih mudah kotor. Dia lebih selesa menggunakan tempurung kelapa kerana dia juga dapat bertutur dengan lebih jelas.

Nengah juga dapat memuatkan wiselnya di dalam tempurung kelapa tersebut yang memudahkan tugasnya sebagai seorang petugas parkir tanpa sebarang masalah.

Lelaki berkenaan turut mengaku bahawa dia tidak begitu menghiraukan mahupun bimbang tentang kesihatannya di musim pandemik ini.

Menurut Kompas, Nengah telah ditangkap oleh Satuan Polisi Pamong Praja (Satpol PP), yang menyatakan bahawa tempurung kelapa tersebut tidak mencapai operasi standard prosedur (SOP).

Pihak Satpol PP juga telah menjelaskan tentang protokol kesihatan yang betul dan memberikan Nengah pelitup muka untuk digunakan.

“Dia tidak berniat untuk mengingkar peraturan, tetapi pelitup muka yang digunakannya itu tidak sesuai kerana ianya bukan pelitup muka yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Jadi, kami membantunya dengan memberi Nengah pelitup muka yang sepatutnya dipakai,” lapor Satpol PP.

Meskipun demikian, Nengah tetap berdegil dan masih memakai tempurung kelapa tersebut sebagai pengganti kepada pelitup muka.

Lelaki berkenaan kemudiannya telah dikenakan denda sebagai penalti dan telah disuruh untuk melakukan tekan tubi sebagai hukuman.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca