Guna Teknik Suntingan, Polis Siasat Ketulenan Video Warga Rusia Panjat Menara 118

Polis tidak menolak kemungkinan video dan foto tular membabitkan dua warga Rusia didakwa menceroboh Menara Merdeka 118 dihasilkan melalui teknik suntingan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, mereka akan mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung hal itu.

Sumber: Berita Harian

“Kami sedang bekerjasama dengan SKMM untuk mengesahkan ketulenan video tersebut.

“Kami juga sedang dalam usaha mendapatkan rekod imigresen warga asing itu,” katanya

Beliau berkata polis menerima satu laporan polis berhubung perkara itu.

Malah, pihaknya tidak menolak kemungkinan video itu diubah suai atau disunting secara digital.

Sumber: Kosmo

“Pihak pengurusan Permodalan Nasional Berhad (PNB) memaklumkan kawalan ketat di menara itu menghalang sesiapa pun daripada memasukinya, apatah lagi memanjatnya.

“Bagaimanapun, kita akan menunggu hasil siasatan selepas berunding dengan SKMM dan Jabatan Imigresen,” katanya demikian di lokasi Op Khas Malam Ambang Tahun Baru 2023, di Jalan Loke Yew, di sini awal pagi tadi.

Sumber: Majoriti

Pada 28 Disember lalu dilaporkan dua warga Rusia bertindak memanjat Menara Merdeka 118 sehingga menimbulkan persoalan keselamatan oleh netizen.

Terdahulu, foto dari puncak setelah berjaya ‘didaki’ oleh Ivan Beerkus dan Angela Nikolau dimuat naik di media sosial dan di laman sesawang SkyscraperCity.com.

Untuk baca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca