Guna Tabung Bantuan COVID-19 Untuk Beli Lamborghini, Lelaki Ini Ditahan Polis

Umum mengetahui ramai orang yang terkesan dengan penularan wabak meragut nyawa COVID-19. Walau bagaimanapun, ada juga yang cuba mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.

Seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat bernama David Hines telah memohon pinjaman daripada bank sebanyak $3.9 juta (RM16,570,320) kerana bisnes beliau dikatakan terkesan dengan pandemik COVID-19.

Pinjaman yang dibuat oleh David nampaknya telah mendapat persetujuan pihak bank yang kemudiannya dikreditkan ke akaun syarikat beliau.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Wang bantuan itu sepatutnya diagihkan kepada para pekerja tetapi lain pula jadinya dalam kes lelaki ini. David dikatakan putih mata dengan dana tersebut dan kemudiannya menghabiskan wang tersebut untuk sebuah Lamborghini Huracan bernilai $318,000 (RM1,351,023).

Selepas menghabiskan wang berkenaan untuk sebuah kereta mewah buatan Itali itu, beliau turut menggunakan dana yang sepatutnya diagihkan kepada para pekerja itu pada laman pencarian jodoh.

Walau bagaimanapun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Aktiviti David nampaknya telah dikesan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat selepas lelaki itu dituduh bersalah membuat laporan palsu dalam memohon dana bantuan COVID-19.

Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah David dilaporkan telah memohon dana sebanyak $13.5 juta (RM57,354,750) tetapi cuma menerima wang bantuan sebanyak $3.9 juta (RM16,570,320).

Sementara itu, peguam kepada David Hines memberi ulasan bahawa anak guamnya masih belum bersedia untuk menceritakan pilihan yang dibuat dan bakal berkongsi apabila tiba masanya.

Pada pendapat anda, adakah ia merupakan satu tindakan yang wajar untuk David melakukan perkara tersebut?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kereta mewah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca