Guna Papan Iklan Untuk Cari Jodoh, Lebih 100 Wanita Menghubungi Pemuda Ini

muhammad malik

Seorang pemuda di Britain nekad ‘mengiklankan’ dirinya sendiri di papan iklan gergasi demi untuk mencari bakal isteri.

Lelaki berketurunan Pakistan yang bernama Muhammad Malik, 29, dari London ini menghasilkan laman web Findmalikawife.com dan membeli beberapa papan iklan dengan harapan untuk bertemu bakal pasangan hidupnya.

“Saya masih belum menemui gadis sesuai. Saya terpaksa menggunakan kaedah ini,” ujarnya menerusi laman web yang direka khas itu.

Difahamkan, Malik turut menetapkan kriteria wanita idamannya termasuk seorang Muslim berusia dalam lingkungan 20-an.

“Saya terbuka untuk menerima bakal isteri daripada etnik lain namun keluarga saya berpegang kuat kepada tradisi dan agama. Oleh itu, saya perlu mengekalkannya,” jelasnya.

Usahawan berusia 29 tahun itu turut berseloroh melalui iklan tersebut supaya dapat menyelamatkannya daripada perkahwinan diatur keluarga.

Sejak wajahnya terpapar di papan iklan pada 1 Januari lalu di seluruh Birmingham dan London, ianya telah mendapat banyak reaksi orang ramai.

Iklan tersebut berkesan apabila dia menerima ratusan mesej. Malik berkata dia telah meminta bantuan rakan rapatnya untuk membantu menapis jawapan yang diterimanya dalam talian.

Dia enggan untuk mendedahkan berapa banyak wang yang dibelanjakan untuk penyiaran papan iklan tersebut. Namun kos purata pengiklanan sedemikian di UK dipercayai sekitar £500-£600 seminggu, bergantung pada lokasi.

Menurutnya lagi, dia pernah mencuba beberapa kaedah lain termasuk aplikasi temu janji untuk mencari bakal permaisuri hidupnya sebelum idea ‘mengiklankan diri’ itu dicadangkan oleh seorang temannya.

“Saya individu kreatif dan suka mencuba perkara yang mungkin dianggap tidak masuk oleh segelintir individu,” katanya.

Papan iklan tersebut akan dipaparkan sehingga Jumaat depan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca