Guna Mata Dan Rambut Manusia Sebenar, Anak Patung George Ini Didakwa Berpuaka

Walaupun terkenal sebagai rumah kepada banyak tarikan yang mengerikan dan menakutkan, bukan semua tarikan di Muzium Berhantu Nottingham di United Kingdom ini didakwa berpuaka seperti anak patung yang bernama George ini.

George adalah anak patung berasal dari tahun 1930-an itu dilaporkan telah dihasilkan menggunakan mata dan rambut daripada orang yang telah meninggal dunia.

Memetik laporan Oddity Central, pengasas bersama Muzium Berhantu Nottingham iaitu Marrie Wesson bertemu pakar barangan antik iaitu Charlie Ross dalam sebuah rancangan televisyen terkenal BBC Bargain Hunt baru-baru ini.

Marrie turut membawa beberapa bahan pamerannya yang cukup menyeramkan ke rancangan itu. Salah satu barang yang dibawa oleh Marrie ialah George iaitu anak patung yang kelihatan pelik.

George berjaya mengejutkan Charlie dengan ekspresi merajuk dan mata biru terangnya. Selain daripada ekspresi mukanya, rupa-rupanya ada kisah seram di sebalik pembuatan George.

Ia berasal dari zaman ketika orang membuat anak patung seperti itu untuk mengenang individu yang mereka sayangi. Dalam kes George, individu yang menghasilkan anak patung itu menggunakan rambut sebenar dan mata orang tersayang yang sudah meninggal dunia.

Marrie berkata dalam rancangan itu, “Dia (George) datang kepada kami dari Texas, Amerika Syarikat. Pada zaman dahulu, mereka akan menghasilkan barang-barang seperti George untuk mengenang orang tersayang.

Apa yang membuatkan George berbeza adalah ia kini mempunyai glass eyes dan rambut orang tersayang itu yang sudah meninggal dunia.”

Sumber: Mirror

Apabila ditanya tentang asal usul George, Marrie berkata bahawa keluarga individu yang memberikan anak patung itu kepada mereka sedang mengalami gangguan paranormal ketika George berada bersama mereka.

Individu berkenaan tidak mahukan George lagi sebaliknya memilih untuk menyerahkannya kepada Marrie untuk dipamerkan di muzium.

“Mereka akan mula sakit kepala dan mata jadi mereka membawanya ke beberapa medium dan nampaknya George mahu mata dan rambutnya semula. George tidak boleh berehat tanpa mereka,” tambah Marrie lagi.

Walaupun semua perkara paranormal ini sukar dibuktikan, tinjauan kami mendapati rata-rata reaksi penonton lebih suka George kekal di Texas. Adakah anda mahu George berada berdekatan anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca