Guna Laungan Azan Sebagai ‘Remix’, Stesen Mnet Tampil Mohon Maaf

Mnet, sebuah stesen televisyen terkemuka di Korea Selatan, telah mengemukakan permohonan maaf menerusi akaun rasmi Instagram berkenaan isu penggunaan azan dalam rancangan berjudul ‘Mnet Street Woman Fighter’.

Stesen televisyen ini menerima kecaman hebat daripada khalayak ramai, terutamanya penggemar muzik K-pop di seluruh dunia.

Isu ini muncul apabila program terbitannya itu menggunakan laungan azan yang telah di’remix’ bersama lagu lain.

Pada 24 Ogos lalu, Mnet telah memuat naik video menerusi saluran Youtube mereka yang menggunakan bunyi azan pada bahagian intro lagu latar dalam episod awal rancangan tersebut.

Susulan itu, pengguna media sosial di pelbagai platform telah meluahkan rasa marah dan kecewa dengan perkara tersebut. Netizen mewujudkan tanda pagar #mnetapologize di Twitter dan membuat tuntutan permohonan maaf daripada stesen televisyen itu.

Berikutan reaksi negatif ini, pihak Mnet telah tampil memberikan penjelasan bagi isu tersebut. Dalam kenyataan itu, mereka memohon maaf bagi pihak pasukan produksi ‘Mnet Street Woman Fighter’ dan memaklumkan tiada niat lain selain menganggap bunyi eletronik lagu itu sesuai sebagai muzik latar program.

“Lagu ini adalah soundtrack elektronik yang didaftarkan secara rasmi di laman streaming rasmi.”

Menghormati kritikan yang diterima, Mnet telah memadam video tersebut dan akan memuat naiknya semula di YouTube selepas menggantikan muzik latar.

Mnet Street Woman Fighter merupakan program pertandingan menari yang menampilkan peserta wanita dan dihoskan oleh penyanyi terkenal, Kang Daniel. Ia turut menampilkan barisan juri terkenal iaitu Psy, BoA dan Taeyong NCT.

Artikel menarik lain untuk dibaca:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca