Guna Lampu Strob Untuk Elak Kesesakan Trafik, Instafamous Ini Diburu Polis

Sekiranya anda aktif di media sosial, tular sebuah video baru-baru ini yang memaparkan pembantu peribadi As’ad Motawh yang juga merupakan seorang instafamous memakai lampu strob berwarna biru untuk elak kesesakan lalu lintas.

Video yang berdurasi kira-kira 25 saat itu menunjukkan sebuah kereta Mercedes-Benz GLA menyalakan lampu strob dan cuba menghimpit kenderaan-kenderaan lain untuk memberikan laluan kepada mereka semasa kesesakan lalu lintas.

Sumber: Instagram @asad.motawh

Dalam video itu juga, anda dapat lihat penyanyi As’ad Motawh turut berada dalam kenderaan mewah yang dipandu oleh pembantu peribadinya.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman iaitu Datuk Azisman Alias berkata pihaknya menerusi JSPT peringkat kontinjen dan daerah sedang mengesan kenderaan mewah yang tular di media sosial itu.

“Penggunaan lampu strob adalah menjadi satu kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemilik kenderaan itu sedang dikesan bagi diambil tindakan susulan dan siasatan lanjut,” jelasnya.

Untuk pengetahuan anda, lampu berkelip berwarna biru pada cermin pandang belakang atau sisi kenderaan itu tidak boleh digunakan sesuka hati oleh orang awam sesuka hati mereka.

Hal ini demikian kerana individu yang mahu menggunakan lampu strob perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum ia boleh digunakan pada kenderaan peribadi.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet mempertikaikan bagaimana pembantu peribadi terbabit boleh menggunakan lampu itu sesuka hati untuk mengharungi kesesakan lalu lintas:

Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca