Search
Close this search box.

Guna Koktel Anti HIV, Thailand Berjaya ‘Ubati’ Koronavirus Dalam Masa 2 Hari

Kementerian Kesihatan Thailand memberitahu, seorang wanita dari China yang dijangkiti koronavirus menunjukkan perubahan ketara dalam kesihatannya selepas dirawat dengan ubat anti selesema dan HIV.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan bagaimana China ‘temui’ penawar untuk virus ini menggunakan ubat anti HIV dan AIDS.

Kali ini, doktor dari Thailand pula mendakwa bahawa ubat selesema dan HIV mampu sembuh pesakit koronavirus.

Menurut laporan Daily Sabah, pesakit berusia 71 tahun itu diuji negatif untuk wabak tersebut dalam masa 48 jam selepas dirawat menggunakan campuran ubat antiviral yang merawat selesema dan HIV.

Dr. Kriengsak Attipornwanich berkata, “Keputusan makmal yang menunjukkan positif jangkitan koronavirus sebelum ini bertukar menjadi negatif selepas 48 jam.”

Tambahnya, “Sebelum ini, pesakit terlalu letih. Walau bagaimanapun, dia sudah mampu duduk di atas katil selepas 12 jam.”

Dalam pada itu, Kriengsak berkata bahawa doktor mencampurkan ubat selesema yang digunakan untuk merawat Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) iaitu oseltamivir bersama dua ubat HIV iaitu lopinavir dan ritonavir.

Beliau turut berkata bahawa kementerian sedang menunggu kajian untuk membuktikan dapatan.

Berita ini tiba di saat virus berkenaan telah meragut nyawa pertama di luar China iaitu seorang lelaki berusia 44 tahun di Filipina pada Ahad lalu.

Sehingga hari ini, angka kematian akibat penularan wabak koronavirus dilaporkan terus meningkat kepada 425 kes.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan wabak koronavirus, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca