Guna Kaedah IVF Buat Kali Terakhir, Wanita 70 Tahun Akhirnya Lahirkan Bayi Sulung

Seorang wanita yang berusia 70 tahun di India akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki sulungnya setelah bersetuju untuk menjalani kaedah rawatan IVF buat kali terakhir.

Jivunben Rabari, 70, kini telah memegang rekod sebagai wanita tertua yang pertama kali bergelar ibu di dunia.

Rabari dan suaminya, Maldhari yang berusia 75 tahun, berasal dari sebuah perkampungan kecil yang dikenali sebagai Mora di Gujerat, India.

Pasangan suami isteri itu dikatakan telah berumahtangga selama 45 tahun, namun masih gagal dikurniakan cahaya mata.

Meskipun demikian, mereka akhirnya berjaya dikurniakan seorang anak sulung lelaki menerusi kaedah IVF yang dipercayai efektif setelah putus haid (menopause).

Sumber: Yahoo!

Naresh Bhanushali yang merupakan doktor yang merawat pasangan itu menjelaskan bahawa hal ini adalah antara kes paling luar biasa yang pernah dikendalinya.

Pertama kali pasangan suami isteri itu datang, doktor memberitahu bahawa mereka tidak mampu untuk mempunyai anak pada usia yang sangat tua.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pasangan suami isteri itu tetap berdegil dan masih mahu meneruskan kaedah IVF tersebut.

Boleh dikatakan peluang bagi seorang wanita berusia 70-an untuk melalui proses melahirkan adalah sangat tipis.

Hal ini demikian kerana kebanyakan daripada mereka telahpun putus haid ketika usia sekitar 40-an hingga awal 50-an.

Namun, American Society of Reproductive Medicine mendakwa bahawa sebarang wanita, tanpa mengira usia, tetap boleh hamil dengan bantuan perubatan selain mempunyai uterus yang normal walaupun sudah tidak mempunyai ovari.

Pada September 2019, seorang wanita di India, Erramatti Mangayamma, dipercayai telah menjadi wanita tertua di dunia yang melahirkan bayi kembar perempuan pada usianya 74 tahun.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca