Langganan aplikasi Grab sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk global. Firma yang terkenal dengan perkhidmatan pengangkutan awam secara dalam talian ini dikhabarkan mula mengorak langkah baru dengan menawarkan sistem sokongan pembayaran pascabayar.
Apakah yang dimaksudkan dengan pascabayar?
Pascabayar atau PayLater merujuk kepada ciri yang membenarkan pelanggan untuk membayar perkhidmatan Grab pada penghujung bulan selepas ia digunakan.
Pembayaran adalah berdasarkan jumlah terkumpul mengikut kepenggunaan khidmat pengangkutan sepanjang bulan tersebut.
Meskipun sistem ini kelihatan sinonim dengan cara ‘berhutang’, firma ini sama sekali tidak mengenakan sebarang caj tambahan bagi pengguna yang melanggan ciri pascabayar ini.
Hal ini kerana ciri PayLater bagi setiap pengguna adalah berbeza berdasarkan amaun maksima yang dibenarkan mengikut kepenggunaannya.
Bagi melanggan ciri pascabayar, pengguna boleh melakukan semakan ke Tab Payment untuk melihat sama ada akaun anda telah aktif atau belum.
Menarik, bukan? Ciri baru yang ditawarkan ini secara tidak langsung dapat memudahkan urusan para pengguna pengangkutan awam.
Maka, anda tidak perlu runsing lagi jika tidak mempunyai sebarang wang tunai atau pilihan lain bagi membayar khidmat Grab sejurus selepas ia digunakan. Moga khabar ini bermanfaat bagi anda semua. Selamat mencuba!