Baru-baru ini, khabar angin yang mendakwa wang kertas RM60 akan dikeluarkan oleh Bank Negara bagi menggantikan wang kertas RM50 sedia ada telah tular di media sosial. Namun begitu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah menafikan perkara tersebut.
Menurutnya, khabar angin itu sekadar kekeliruan yang timbul mengenai wang kertas RM60 yang pernah dikeluarkan oleh Bank Pusat pada tahun 2017.
Tambah Guan Eng lagi, khabar angin itu adalah tidak berasas dan wang kertas RM50 boleh terus digunakan dengan yakin.
“Jadi, sila gunakannya dengan yakin. Sementara wang kertas RM60 adalah tender sah, saya nasihatkan anda untuk tidak gunakannya. Sebaliknya, simpan ia baik-baik kerana hanya terdapat 60,000 keping di luar sana,” katanya.
Guan Eng mengatakan bahawa tiada wang kertas RM60 tambahan akan dikeluarkan dan secara perbandingan, terdapat lebih 900 juta keping wang kertas RM50 beredar dalam ekonomi pada tahun lepas.