Guan Eng Dakwa Tun Mahathir Tolak Penuhi Manifesto Pakatan Harapan

Pakatan Harapan (PH) merupakan satu pakatan pentadbiran yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Pakatan ini telah diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 yang lalu berasaskan Manifesto PH.

Memetik kenyataan Guan Eng ketika sidang media Setiausaha Agung DAP di Kuala Lumpur hari ini,”Meskipun berbeza pendapat dan ideologi, namun PKR, DAP,PAN dan PPBM berjaya mencari satu titik persamaan menerusi Manifesto Pilihan Raya Umum ke – 15.”

“Ia seterusnya menjadi panduan kepada semua pemimpin PH untuk mentadbir negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.”

“Namun begitu, aspirasi tersebut tidak dapat diteruskan lagi apabila Tun Dr. Mahathir mengambil keputusan untuk meletak jawatan.”

Menurut Guan Eng,”Dalam perbincangan saya dengan Tun Dr Mahathir pada 25 Februari 2020 di Pejabat Perdana Menteri, beliau telah menolak untuk kekal sebagai Perdana Menteri PH dan menolak untuk terus memenuhi janji-janji Manifesto PRU PH.”

“Sejak 21 bulan yang lepas, kerajaan PH telah bekerja keras untuk memenuhi janji-janji manifesto secara berperingkat.”

“Antaranya termasuklah penurunan kadar tol untuk Lebuhraya Utara Selatan sebanyak 18 peratus bagi kenderaan persendirian dengan jaminan tidak ada sebarang kenaikan kadar tol sehingga tamat tempoh konsesi, dan projek MySalam yang menawarkan bantuan kewangan bernilai di antara RM4,000 sehingga RM8,000 untuk mereka yang menghidapi salah satu daripada 45 penyakit kritikal.”

“Malah, kerajaan PH juga memansuhkan GST yang digantikan dengan SST dan membayar semula pemulangan kutipan GST yang berjumlah RM19.4 bilion, dan mengekalkan kedudukan kredit antarabangsa negara walaupun kerajaan terpaksa membayar berpuluh bilion ringgit kerana skandal 1MDB, Tabung Haji dan pelbagai skandal-skandal lain lagi.” Kata Guan Eng yang juga merupada Setiausaha Agung DAP.

Tambah beliau lagi,”kerajaan PH turut menyambung semula projek-projek infrastruktur utama selepas mencapai penjimatan lebih daripada RM50 bilion melalui rundingan semula dan rasionalisasi projek kerajaan terdahulu.”

“Ia juga telah mempercepatkan proses digitalisasi melalui penggalakan penggunaan e-dompet, mencipta 350,000 peluang pekerjaan untuk mereka yang menganggur melalui projek MalaysiaKerja yang bernilai RM6.5 bilion, dan pelbagai inisiatif lain lagi.” Kata Guan Eng.

Untuk baca artikel lain berkenaan kemelut politik negara, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca