Grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ Masuk Dalam Ucapan Perdana Menteri

“Kalau masakan berbuka puasa tidak jadi pun tak apa. Boleh muat naik dalam grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’.” Demikianlah kenyataan berseloroh daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas sempena Ramadan yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen dan media sosial semalam.

Sumber: Bernama

Beliau berkata demikian bagi mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya melihat keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 12 Mei ini secara positif.

“Mungkin inilah peluang yang Allah berikan kepada kita untuk mengamalkan sebenar-benar ibadah puasa.

“Kita berbuka puasa dan bersahur sekadarnya. Makan masakan isteri kita dan tidak membazir. Kalau masakan tak jadi pun tak apa. Boleh muat naik dalam grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’,” kata Tan Sri Muhyiddin.

Sumber: Grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni

Untuk rekod, grup Facebook itu menjadi tular apabila warganet mula berkongsi masakan yang tidak menjadi sepanjang tempoh PKP ini.

Semasa artikel ini ditulis, grup berkenaan mempunyai lebih 1.3 juta ahli. Ia menjadi bahan sindiran di media sosial kepada mereka yang tidak pandai memasak.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca