Pernahkah anda mendengar YouTube channel bernama ‘Grandpa Kitchen’ yang berasal dari India? Kalau anda pernah mendengarnya, anda pasti tahu ‘Grandpa Kitchen’ ini sering membuat video mengenai memasak makanan dalam skala yang besar.
‘Grandpa Kitchen’ adalah YouTube channel yang menyaksikan aktiviti seorang datuk yang dikenali sebagai Narayana Reddy dari Telegana, India. Di samping itu, beliau bukan memasak sekadar untuk menunjuk atau berkongsi resepi sebaliknya beliau berbuat demikian untuk golongan yang memerlukan makanan di kawasan sekitarnya terutama anak-anak yatim.
Menurut Free Malaysia Today hasil perkongsian cara dan gaya masakan bersahaja tanpa sebarang “protokol” akhirnya berjaya menarik 4 juta pengikut dan purata 2.38 juta orang penonton untuk setiap video sejak saluran itu diwujudkan iaitu pada tahun 2017.
Setiap video tersebut menunjukkan proses memasak yang dilakukan sekitar 12 hingga 15 minit dan dibantu oleh beberapa orang lelaki bagi menyiapkan hidangan besar itu.
Untuk pengetahuan anda juga, terdapat banyak video yang telah dimuat naik di YouTube yang menyaksikan aktiviti memasak Narayana. Mulai dari memasak yang sederhana seperti donat, hamburger, omelette, kambing briyana, ayam mentega, pisang pancake, kari ayam, udang briyani, bahkan sehingga sayap ayam ala-ala KFC.
Namun, menariknya beliau bukan seorang chef professional atau chef selebriti dan beliau tidak mempunyai pendidikan formal yang tinggi, malah berpenampilan seperti seorang lelaki tua yang biasa. Bagaimanapun, Narayana membuktikan kebolehannya yang mampu memasak dengan pelbagai jenis makanan kepada anak-anak yatim tersebut.
Selain itu, beliau bukan sahaja membantu kanak-kanak yang susah dengan memasak secara percuma tetapi turut menyediakan keperluan asas kepada lebih daripada 100 orang anak-anak yatim. Sekurang-kurangnya dengan segala keperluan seperti pakaian dan bekalan sekolah mampu membahagiakan mereka.